Prop-C
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLatest imagesLog inGallery

 

 Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir

Go down 
3 posters
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir Empty
PostSubject: Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir   Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir EmptyThu Apr 10, 2008 6:15 pm

Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir

Pendrive 512MB vs The NooB

Venue : Old Wajaford


Perlawanan antara Pendrive dan The NooB dicemari dengan insiden rusuhan anti-The NooB yang mungkin dipelopori absolutely yang tidak bermain pada minggu ini.

Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir Riot


Pendrive yang pertama kali menyarung jersi utama mereka hari ini, tidak menunggu lama untuk gol pertama. Pada minit ke 5, melalui sepakan percuma, Kaleeq membuat rembatan ’trademark’ nya ’KALEEQ ROCKET’ melepasi benteng dan terus masuk menewaskan scofield di gol. Pendrive yang perlu menjaringkan 7 gol sekurang-kurangnya hari ini untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir terus menyerang dan pada minit ke 12, encore yang menjadi perancang. Hantaran terusnya menembusi pertahanan kental scofield dan psycoparadox dan tepat pada Kaleeq yang membuat larian pantas dan akhirnya menolak mudah bola tersebut ke arah gawang gol yang kosong. Gol ketiga muncul sejurus selepas sepakan mula. Hantaran pendek iefie dipintas baik oleh Kaleeq yang terus merembat ke arah gawang yang tidak dijaga oleh scofield. Penonton bersorak menaikkan lagi semangat selepas Kaleeq melengkapkan hat trik pertama dalam sejarah hidupnya. Gol keempatnya muncul pada minit ke 22, encore sekali lagi menjadi perancang. Sepakan sudut yang diambilnya melencong ke dalam gol dan ditanduk keluar oleh psycoparadox, tetapi Kaleeq yang menunggu di luar kotak terus merembat bola itu dengan padu. Iefie yang berada di gawang gol mengelak bola, mungkin terbayang scofield yang pernah menanduk bola Kaleeq. Kedudukan menjadi 4-0. Pasukan The NooB yang semakin kucar-kacir cuba kembali menyusun gerakan. Ianya berhasil pada minit ke 28, sepakan percuma dari sebelah kanan yang diambil iefie ditanduk kemas oleh psycoparadox untuk merapatkan jurang 4-1. Kini pasukan Peendrive perlu menjaringkan 5 lagi gol untuk layak ke peringkat akhir. Semangat juang Pendrive nampak belum padam walaupun ’misi mustahil’ yang perlu mereka kecapi. Pada minit ke 35, Kaleeq sekali lagi menjadi penjana nadi Pendrive apabila beliau meloloskan diri dari dua pemain The NooB yang nampak tidak bermotivasi dan sepakannya sekali lagi cantik melepasi scofield untuk menjadikan kedudukan 5-1. Pada minit ke45, apabila baru sahaja pengadil ke4 mengumumkan 1 minit masa tambahan, gawang The NooB bergegar lagi. Kaleeq melengkapkan ’double hattrik’nya apabila hantaran satu-dua dengan encore berjaya memperdaya pertahanan The NooB yang nampak ’NooB’ hari ini dan membuat penyudah ala Khalid Jamlus ’si budak disko’dan menari kegembiraan di hadapan ribuan penonton. Kedudukan kekal 6-1 hingga wisel rehat.

Pada separuh masa kedua, The NooB nampak lebih teratur dengan perubahan taktikal dan motivasi dari pengurus yang terkenal dengan skil motivasi ala Dato’ Dr Fadzillah Kamsah. ”Orang yang cemerlang, bila bangun tidur, dia buka mata”,kata iefie semasa separuh masa. Pemain nampak bersemangat dengan kata-kata tersebut. Pasukan Pendrive terus menyerang bertubi-tubi tetapi Kaleeq yang sungguh hebat pada separuh masa pertama dikawal sepenuhnya oleh scofield. Encore pula dilihat benyak berborak dengan pihak lawan psycoparadox membincangkan hal semasa Pulau Ponang dibawah pemerintahan kerajaan baru. Kedudukan terus berlarutan menyebabkan tiada gol dapat dihasilkan dan kekal hingga wisel penamat 6-1


[/justify]
Keputusan Perlawanan : Pendrive 512MB 6-1 The NooB



Man of The Match: Kaleeq



Temubual :


Kaleeq: 6 gol hari ini, kemenangan pertama. Kesemua baik hari ini, kecuali pasukan anda masih gagal ke peringkat akhir. Komen?

iefie265: Komen tentang rusuhan sebelum perlawanan dan tentang prestasi anak buah hari ini.

Encore86: Apa yang anda borakkan dengan psycoparadox

Psycoparadox: Satu gol hari ini, dan pasukan anda masih layak ke peringkat akhir walaupun kalah teruk. Komen?

scofield: Anda bertanggungjawab menjaga ketat Kaleeq hari ini, tetapi beliau berjaya menjaringkan 6 gol. Adakah anda rasa anda gagal menjalankan tanggungjawab hari ini?


Last edited by miekopkings on Thu Apr 10, 2008 7:18 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
KaaleQ
Intermediate
Intermediate
KaaleQ


Male
Number of posts : 260
Age : 38
Location : dalam bilik, depan laptop
Registration date : 2008-03-04

Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir Empty
PostSubject: Re: Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir   Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir EmptyThu Apr 10, 2008 6:47 pm

Kaleeq: 6 gol hari ini, kemenangan pertama. Kesemua baik hari ini, kecuali pasukan anda masih gagal ke peringkat akhir. Komen?

at last...ini ler kemenangan yg dicari2 selama ni..walaupon tidak layak ke perlawanan seterusnya, kemenangan ini cukup bermakna ukt mengembalikan semangat pasukan yg sekian lama menjadi pasukan belasahan. kemarau jaringan gol juga telah dipadamkan.terima kasih kepada encore kerana bermain cemerlang. kemenangan ini juga begitu penting utk memberi keyakinan kepada pemain baru kami iaitu badrul bakhtiar bahawa beliau tidak salah dlm memilih pasukan. kita akan lihat kemunculan beliau utk game yg akan datang. kepada pihak media, satu je nk komen..kalo x nak kene saman, plz eje nama saya dengan betul KaaleQ bkn kaleeq.

byk cekadak
Back to top Go down
http://www.yob4ever.com/forum
psycoparadox

psycoparadox


Male
Number of posts : 125
Age : 37
Registration date : 2008-02-22

Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir Empty
PostSubject: Re: Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir   Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir EmptySat Apr 19, 2008 3:31 pm

Satu gol hari ini, dan pasukan anda masih layak ke peringkat akhir walaupun kalah teruk. Komen?

kalah menang adat pertandingan.....
tp disebabkan kami sememangnya dah layak, jadi kami bermain unuk memenuhkan jadual sahaja kerana igin mengelakkan berlakunya kecederaan di pihak pemain kami....
lagipon pasukan lawan jarang menang, so bagi la change diorg menang.... Razz Razz Razz
Back to top Go down
Sponsored content





Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir Empty
PostSubject: Re: Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir   Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir Empty

Back to top Go down
 
Kemenangan Sulung Pendrive Tetapi The NooB Ke Perlawanan Akhir
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB
» Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB
» Perlawanan Sengit PES 08 dan Pendrive 512MB
» Kemenangan Tipis PES 08
» Ringkasan Separuh Akhir Pertama Piala PL

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: