Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLog inGallery

Share | 
 

 Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB   Mon Mar 24, 2008 1:54 pm

Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB

Selut Voluntrier vs The NooB

Venue : Stamford Straits Trime


Keadaan padang hari ini, stadium juga dipenuhi oleh penonton. Dan yang menjadi tumpuan di tempat duduk VIP ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, Lim Guan Eng yang datang untuk menyaksikan dan memberi sokongan kepada pemain The NooB kelahiran Penang iaitu psycoparadox.





Pada separuh masa pertama, kedua pasukan tampak berhati-hati dan kurang menyerang. Pada minit ke 22, The Noob mendapat gol pertama dari serangan pertama mereka dalam perlawanan ini. Gerakan dimulakan oleh iefie yang bijak meloloskan diri dari SWAT007 hanya untuk ditarik oleh SWAT007 dari belakang. Pengadil menghadiahkan sepakan percuma kepada pasukan The NooB dan hadiah yang lebih istimewa lagi kepada SWAT007 iaitu kad kuning. SWAT007 memprotes, tetapi tidak dilayan pengadil. Dari sepakan percuma tersebut, psycoparadox membuat hantaran lintang yang cantik dan ditanduk kemas oleh scofield ke penjuru kanan gol untuk menjadikan kedudukan 0-1 kepada The NooB. Gol tersebut ternyata menyentak pasukan SV dari lamunan. SWAT007 yang kelihatan seperti ’tidak cukup minum air’(seperti kata Pn Nana) sebelum ini, nampak lebih cergas dan rajin. Pada minit ke 36, kawalan cantik SWAT007 ala Zinedine Zidane telah berjaya melepaskannya dari kawalan ketat psycoparadox, lalu beliau terus membuat’through pass’ ke hadapan absolutely yang bijak mencari ruang kosong tetapi penyudahnya kurang bijak kerana terlalu tinggi ke angkasa. Kedudukan kekal 0-1 sehingga wisel separuh masa.


Pada permulaan separuh masa kedua pula, absolutely pula memulakan gerakan kali ini. Beliau bijak melepaskan diri dari scofield dengan skil ’Ronaldo’ separuh jadinya. Setelah melepaskan diri, seperti 'terhidu' rakannya di hadapan, beliau membuat hantaran tanpa lihat (no-look-pass) ke arah SWAT007 yang bijak menyudahkan peluang dengan rembatan padu menewaskan psycoparadox yang kelihatan seperti penjaga gol OKU yang kudung. Pasukan SV terus garang mencari gol pendahuluan, dan usaha mereka berhasil pada miit ke 60, sekali lagi, absolutely menjadi penggerak serangan pasukan. Sepakan percumanya kali ini, melencong melepasi tepi benteng dan terkena tiang, SWAT007 bijak menghidu peluang dan menolak mudah bola masuk ke gawang The Noob untuk mendahului perlawanan 2-1. Gol tersebut telah mula menyebabkan iefie menjadi berang. Iefie yang terkenal dengan sikap berangnya yang pada perlawanan lepas menjerit ke arah anak buahnya semas waktu rehat, sekali lagi menjerit memarahi anak buahnya yang leka sejak separuh masa kedua bermula. Ternyata ia memotivasi anak buahnya, di mana pada minit ke 70, scofield yang nampak psycoparadox yang tiada yang mengawal, terus membuat hantaran jauh yang tepat ke arah psycoparadox dan beliau mengawal cantik dengan kaki kiri dan membuat ’volley’ padu dengan kaki kanan yang hampir mengoyakkan jaring gol SV dan menjdikan kedudukan seri sekali lagi 2-2. Psycoparadox dengan rasa bangga mengangkat tangan ke arah Lim Guan Eng menunjukkan kemegahan selepas gol yang hebat tadi. Pasukan The Noob ternyata termotivasi untuk terus mencari gol kemenangan. Serangan demi serangan dilancarkan, dan pada minit ke 89, ia ternyata memakan diri, apabila SWAT007 merampas bola selepas bentesan yang agak keras ke atas iefie, beliau yang nampak tiada siapa di hadapannya terus membuat sepakan dari hadapan bulatan tengah dan tepat ke arah gol untuk menjadikan kedudukan 3-2. Seluruh pasukan The NooB mengerumuni pengadil untuk memprotes bentesan keras SWAT007 tetapi tidak dilayan. Keputusan kekal 3-2.



Keputusan Perlawanan : Selut Voluntrier 3-2 The NooB


Man of The Match : SWAT007


Temubual :


SWAT007:Tiga gol, man of the match, dan kemenangan pertama untuk musim ini, bagaimanakah perasaan anda hari ini?

scofield: Satu lagi gol hari ini untuk mendahului, tetapi pasukan anda gagal mempertahankannya. Berikan komen anda?

Iefie265: Tewas hari ini telah menempatkan pasukan anda di tangga ketiga liga, berikan komen anda tentang kedudukan ini dan prestasi pemain hari ini serta kontroversi di akhir permainan tadi?

Psycoparadox: Gol pertama anda sepanjang bergelar pemain The Noob, tetapi gagal memperoleh kemenangan. Berikan komen anda tentang ini? Kalau boleh, berikan komen juga tentang kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang baru yang menyaksikan aksi anda hari ini.

absolutely: Kemenangan pertama menempatkan anda di tangga kedua liga. Berikan komen anda tentang kedudukan semasa anda ini, dan prestasi pemain hari ini serta nyatakan sebab anda belum lagi pernah memasukkan pemain baru anda raivoc pada musim ini?

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm
Back to top Go down
View user profile
scofield
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 587
Age : 30
Location : ISS
Registration date : 2008-02-25

PostSubject: Re: Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB   Mon Mar 24, 2008 2:50 pm

Satu lagi gol hari ini untuk mendahului, tetapi pasukan anda gagal mempertahankannya. Berikan komen anda?

ini merupakan gol kedua saya pada musim ini..
walaupun The NooB mendahului 1-0 tetapi akibat kelekaan kami, pasukan lwn dpt menyamakan kedudukan..
mungkin kerana kepenatan yg amt sgt..
selepas ni kami akan berbincang dgn manager utk mengatasi masalah yg timbul..
jadi kpd pasukan lawan lepas ni, beware la..

pape pn utk The NooB, we are the best..kt klh tipis je..
SV mng nasib je 2...
kali ni kt xde rezeki..
Back to top Go down
View user profile
SWAT007
Intermediate
Intermediate
avatar

Male
Number of posts : 294
Age : 30
Registration date : 2008-02-25

PostSubject: Re: Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB   Thu Mar 27, 2008 2:10 pm

SWAT007:Tiga gol, man of the match, dan kemenangan pertama untuk musim ini, bagaimanakah perasaan anda hari ini?

seronok kerana selain diberikan sekali lg title man of the match, pasukan saya menang dgn penuh bergaya hari ni. cheers cheers cheers trima kasih diucapkan kepada rakan sepasukan absolutely kerana byk memberi ruang kepada saya untuk menjaringkan gol...
Back to top Go down
View user profile
iefie265
Beginner
Beginner
avatar

Male
Number of posts : 117
Age : 31
Location : Setapak, KL
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: Re: Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB   Fri Mar 28, 2008 1:50 am

Tewas hari ini telah menempatkan pasukan anda di tangga ketiga liga, berikan komen anda tentang kedudukan ini dan prestasi pemain hari ini serta kontroversi di akhir permainan tadi?


1st skali saya nk ucapkan terima kasih kepada encik Lim Guan Eng kerana sudi datang utk memberi sokongn kepada pemain pemain pasukan kami, iaitu psycoparadox..nyata kehadiran beliau memberi motivasi yang tinggi kepada pemain kami.

hmm...kali ini saya sedikit kecewa dengan keputusan yg kami perolehi, kami jangka pasukan kami akan menang besar. Namun nmpknya nasib tidak menyebelahi. Tapi saya bangga, walaupun dibarisi pemain2 baru, pasukan kami mampu memberi saingan sengit kepada pasukan senior yg mmpunyai lebih byk pengalamn. Tewas kali ini x bermakna pasukan kami lemah. Kami akan buktikan kemampuan kami pada game yg akan datang. Saya dh merncng untuk bawa semua pemain untuk jalani latihan khas di satu lokasi. lihatlah hasilnya nanti..*muka serius*. Kami akan pastikan kedudukan kami berubah ke tangga yang lebih tinggi. Pemain kami cuma perlu lebih kesedaran tentang motivasi ketika bermain. Mereka perlu lebih konsisten..

berkenaan kontrovesi pada akhir permainan 2, *mengeluh*..sbnrnya dari awal lg saya dh nmpk ada sesuatu yg x kena dgn pengadil permainan hari 2. Mcm berat sebelah. Dh jelas saya dibentes keras oleh SWAT007, saya nmpk dia smpat bukak langkah silat yg x berapa nk menjadi seblm saya dibentes keras. Tapi pengadil buat2 x nmpk! xtau la pengadil 2..huh..saya harap pihak berkenaan dapat beri perhatian pada perkara ini sebelum lebih ramai pemain dari pasukan lain menerima nasib yang sama seperti saya..
Back to top Go down
View user profile
.Kira.
Admin
Admin
avatar

Male
Number of posts : 1112
Age : 31
Location : Shah Alam
Registration date : 2008-02-22

PostSubject: Re: Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB   Fri Mar 28, 2008 3:23 am

absolutely: Kemenangan pertama menempatkan anda di tangga kedua liga. Berikan komen anda tentang kedudukan semasa anda ini, dan prestasi pemain hari ini serta nyatakan sebab anda belum lagi pernah memasukkan pemain baru anda raivoc pada musim ini?

sy berasa amat berbangga dgn team sy dengan pencapaian skrg..
sy harap team kami dapat meningkt kan mutu permainan tuk menempatkan team kami di puncak liga..
raivoc mmpunyai masalah kecederaan dan masih dlm proses penyembuhan..
so, sy blum yakin beliau mampu menunjukkan prestasi yg cemerlang..
insyallah game yg akan dtg sy akan memasukkan beliau...
king king

_________________
Back to top Go down
View user profile http://prop-c.teamconvention.com
psycoparadox

avatar

Male
Number of posts : 125
Age : 31
Registration date : 2008-02-22

PostSubject: Re: Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB   Mon Apr 07, 2008 4:14 pm

sy menyalahkan ketua menteri pulau pinang yang baru untuk kekalahan ini.....
sy dah ckp kat dia..."hang jangan duk mai tengok" tp dia mai jugak......
tp apa2 pon sy bersyukur jugak la sbb berjaya menjaringkan gol setelah 10 tahun kemarau gol.....
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB   

Back to top Go down
 
Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Noob trying to Remove Nav Links like Groups. PHBB2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: