Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLog inGallery

Share | 
 

 Perlawanan Sengit PES 08 dan Pendrive 512MB

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: Perlawanan Sengit PES 08 dan Pendrive 512MB   Sun Apr 06, 2008 2:05 am

Perlawanan Sengit PES 08 dan Pendrive 512MB

PES 08 vs Pendrive 512MB

Venue : Ronafield


Satu lagi perlawanan getir untuk Pendrive 512MB yang belum lagi mencatat kemenangan dan juga untuk PES 08 yang mahu mengekalkan saingan Liga PL. Untuk perlawanan ini, kedua-dua pasukan memakai jersi baru mereka dan menunjukkan logo baru pasukan mereka.



PES 08


Pendrive 512MB


Pasukan Pendrive nampak lebih bersemangat untuk memulakan perlawanan dengan serangan bertubi-tubi sebaik sahaja wisel permulaan. Jersi dan logo baru mereka jelas memberi kesan yang positif kepada seluruh pasukan Pendrive. Manakala pasukan PES nampak masih teruja dan lebih memikirkan untuk menjaga kebersihan jersi dari bertarung i padang. Pada minit ke 15, Kaleeq yang nampak penuh semangat waja membuat larian kehadapan, dan kawalan bola yang baik berjaya meloloskan diri beliau dari kawalan ketat el_nino lalu Kaleeq terus membuat rembatan padu yang kurang tepat. Miekopkings yang sibuk membelek jersi baru tajaan Sony dan Adidas itu, secara tidak sengaja tertampan bola yang sedang menuju ke tepi gol dan menyebabkan bola terus masuk ke gawang gol untuk gol sendiri pertama kariernya. Pasukan Pendrive terus menyerang dan pada minit ke 34 Encore pula kali ini mebuat gerakan, dengan hantaran satu dua yang mengelirukan miekopkings. Beliau terus membuat sepakan deras ke arah gol tetapi tiang gol menjadi penyelamat PES. Walaubagaimanapun, malangnya, oleh sebab bola yang sangat padu, ia tertampan ke kepala el_nino yang tidak sempat mengelak untuk gol sendiri pertama el_nino pula. PES 08 tidak dapat memberikan reaksi akan dua gol itu dan kedudukan kekal 2-0 hingga wisel separuh masa.



Pasukan PES masuk semula ke dalam padang dengan gaya yang lebih bersemangat. Dan ternyata persembahan separuh masa kedua mereka jauh lebih baik. Mereka terus menyerang bertubi-tubi sebaik wisel permulaan. Pada minit ke 52, miekopkings membuat larian dengan bola yang sangat pantas dan gagal dikejar oleh Kaleeq dan beliau terus menyepak dengan tenang ke sebelah dalam tiang gol melepasi kawalan encore di gawang Pendrive menjadikan kedudukan 2-1. Selepas itu, pada minit ke 2, el_nino pula memulakan gerakan dengan kawalan bola yang baik di sebelah kanan padang untuk meloloskan diri dari kawalan encore, dan hantaran lintangnya tepat ke arah miekopkings dan ditanduk kemas oleh pengurus PES itu untuk menjadikan kedudukan 2-2. Gol tersebut telah menyentak Pendrive dari lena, dan pada minit ke 70, Kalee memulakan serangan untuk Pendrive. Beliau membuat skil 'trademark' Shahrul Azhar(Perak) dengan hantaran ke hadapan yang cantik dan tepat ke arah encore yang berjaya di kawal baik oleh beliau dan sepakan 'volley' yang padu terus dilancarkannya ke bahagian palang gol dan masuk untuk menjadikan kedudukan 3-2 untuk Pendrive. Palang gol masih bergegar apabila encore membuat celebration jimnastik ala Nani. Pada minit ke 80, el_nino yang belum nampak ingin menyerah kalah mengawal bola di tengah padang. Beliau dikawal ketat oleh Kaleeq. el_nino dengan bijak meneriak "Marni panggil tu!", Kaleeq terus mengalih pandangan ke arah penonton dan peluang ini digunakan el_nino untuk menghantara ke arah miekopkings yang sekali lagi menanduk bola masuk melepasi kawalan encore untuk kedudukan 3-3. Kaleeq membuat 'complain' kepada pengadil tetapi tidak diendahna. Kedua pasukan terus berbalas serangan selepas itu. Dan pada minit ke 89, Pendriemendapat sepakan percuma di sebelah kanan padang. Hantaran lintang Kaleeq, ditanduk keluar oleh miekopkings walaupun diasak hebat oleh encore. Bola tepat ke arah el_nino yang terus membawa bola ke tangah padang lalu melancarkan satu sepakan lambung terus ke arah gol Pendrive untuk menjadikan kedudukan 4-3. Kedudukan kekal walau asakan terus dilakukan Pendrive.


Keputusan Perlawanan : PES 08 4-3 Pendrive 512MB



Man of The Match : miekopkings



Temubual :


miekopkings: Kemenangan di pihak pasukan anda, hat trik, anugerah man of the match. Berikan komen terhadap prestasi pasukan hari ini?

encore: Anda telah menjaringkan satu lagi gol. Gol liga keempat peribadi anda tetapi belum lagi mencatat kemenangan. Komen?

el_nino: Satu gol sendiri dan satu lagi gol yang membawa kemenangan pada pasukan anda. Perlawanan yang pelik hari ini?

Kaleeq: Soalan ringkas, komen prestasi pasukan hari ini, dan harapan untuk masa hadapan?

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm


Last edited by miekopkings on Sun Apr 20, 2008 5:22 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
encore86
Senior
Senior
avatar

Male
Number of posts : 437
Age : 30
Location : Penang, Johore.
Registration date : 2008-02-23

PostSubject: Re: Perlawanan Sengit PES 08 dan Pendrive 512MB   Sun Apr 06, 2008 3:18 am

encore: Anda telah menjaringkan satu lagi gol. Gol liga keempat peribadi anda tetapi belum lagi mencatat kemenangan. Komen?

mmm...ntahla. tak tau mana silapnya. kami dh cuba tuk cari formula. dah try pakai formula FIFO, LIFO, SPT, DDATE, formula 1 pn kitorg try. tapi x dpt2 gak. mungkin suma ni bergantung pada nasib jugak. apa boley buat... makan loti kosong taruk kari lor...
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/encore86
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: Re: Perlawanan Sengit PES 08 dan Pendrive 512MB   Sun Apr 06, 2008 3:31 am

miekopkings: Kemenangan di pihak pasukan anda, hat trik, anugerah man of the match. Berikan komen terhadap prestasi pasukan hari ini?

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mmngucapkan tahniah kepada pasukan lawan kerana meneruskan perlawanan ini, walaupun terdapat sedikit kesulitan sebelum ia bermula. Mereka juga memberi tentangan yang hebat pada perlawanan ini.

Satu lagi hattrik untuk saya menentang pasukan Pendrive. Mungkin hanya nasib, tapi saya memang sering menjaringkan gol apabila berlawan pasukan ini.

Tetapi seperti yang saya pernah sebut dulu berulang kali, penghargaan inidividu hanyalah bonus, yang lebih penting adalah kemenangan pasukan. Kemenangan ini adalah usahasama seluruh pasukan dan peminat yang datang. El_nino juga harus diberi pujian kerana jaringan gol yang membawa kemenangan hari ini.

Apa yang penting adalah untuk terus memberi saingan dan menang perlawanan-perlawanan selepas ini.

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm
Back to top Go down
View user profile
el_nino
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 1213
Age : 31
Location : atas tikar terbang
Registration date : 2008-02-25

PostSubject: Re: Perlawanan Sengit PES 08 dan Pendrive 512MB   Sun Apr 06, 2008 10:52 am

el_nino: Satu gol sendiri dan satu lagi gol yang membawa kemenangan pada pasukan anda. Perlawanan yang pelik hari ini?


pertamanya,saya ingin mengucapkan kepada manager pasukan pendrive yg sanggup menunggu kehadiran kami kerana kelewatan yg bersebab..

emm..gol sendiri...(sambil mengusap dahi yg terkene bola)..ia amat melemahkan semangat juang saya..ketinggalan 2 gol..saya rasa seperti team PES akan kalah pada malam ini...separuh masa pertama,saya tidak dpt membuat serangan dek kekecewaan tersebut...

waktu 15 minit yg diberikan,digunakan oleh manager dgn baiknya.beliau memberikan keyakinan dan semangat yg tinggi kpd para pemain.kami mukakan separuh masa kedua dgn gayanya. hat-trick yg dilakukan oleh miekopkings amat membantu.
tetapi pasukan lawan dpt menyamakan kedudukan.perlawanan begitu sengit..namun saya lihat manager menyuruh saya supaya terus menyerang dan hasilnya gol kemenangan telah saya cipta...

kata2 manager PES 08: kita x boleh seri dan kalah lagi lepas ni!!

_________________


"Torres is an extraordinary forward, and If he has a good head he will become a worldwide player. He is young and he has everything to be grandiose" - Thierry Henry, French National Team Forward


MODERATOR
Back to top Go down
View user profile
KaaleQ
Intermediate
Intermediate
avatar

Male
Number of posts : 260
Age : 32
Location : dalam bilik, depan laptop
Registration date : 2008-03-04

PostSubject: Re: Perlawanan Sengit PES 08 dan Pendrive 512MB   Sun Apr 06, 2008 9:40 pm

Kaleeq: Soalan ringkas, komen prestasi pasukan hari ini, dan harapan untuk masa hadapan?

tiada komen utk perlawanan ni. cuma saya nk beritahu bahawa pendrive akan melakukan penjenamaan semula tidak lama lagi. kami juga telah membeli seorang pemain utk menguatkan bahagian pertahanan. dengan pembelian tersebut, usaha utk mendapatkan khidmat raivoc akan dihentikan serta merta. saya akan membuat satu sidang akhbar berkenaan penjenamaan semula pasukan disamping memperkenalkan pemain baru kami. sekian.
Back to top Go down
View user profile http://www.yob4ever.com/forum
Sponsored content




PostSubject: Re: Perlawanan Sengit PES 08 dan Pendrive 512MB   

Back to top Go down
 
Perlawanan Sengit PES 08 dan Pendrive 512MB
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: