Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLog inGallery

Share | 
 

 Kemenangan Tipis PES 08

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
el_nino
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 1213
Age : 31
Location : atas tikar terbang
Registration date : 2008-02-25

PostSubject: Kemenangan Tipis PES 08   Sun Aug 31, 2008 6:30 pm

Kemenangan Tipis PES 08


PES 08 vs Selut Volunterior

Venue : Old Wajaford


Perlawanan kedua liga PL telah berlangsung di Ronafield. Pertemuan antara PES 08 dan SV menjanjikan saingan sengit disebabkan PES 08 yang mahu mengekalkan kemenangan manakala SV mencari 3 mata pertama mereka.

Pada perlawanan kali ini kedua-dua pasukan kelihatan berhati-hati kerana masing-masing kelihatan takut untuk membolos gol di awal permainan. Pada minit ke 15, kesilapan dari Swat yang mengawal bola menggunakan tangan telah menghadiahkan sepakan percuma kepada PES08 dari jarak 21 meter di sebelah kiri. Sepakan diambil oleh miekopkings dengan Swat menjadi benteng kecil di hadapan miekopkings dan raivoc berada di kanan gol. Miekopkings nampak begitu fokus dan langkah perlahan diambil dan beliau dengan mudah merembat lencung melepasi tepi benteng dan tepat ke bucu kiri gawang untuk mendahului perlawanan 1-0. Hanya 5 minit selepas itu, Swat mengawal bijak hantaran raivoc lalu meledak satu sepakan padu teapat kearah gawang yang tidak berpenghuni PES 08. Dengan gaya tersendiri, Swat membuka langkah silat cekak hanafinya tanda meraikan gol. Kedudukan kini 1-1. Namun selang 3 minit selepas itu, dengan gelaran budak lelaki kecil iaitu el_nino telah mengelecek bola seorang diri melepasi melepasi kawalan swat dan juga raivoc yang ketika itu berada dikududukan tengah padang kerana mahu menyerang lalu menjaringkan gol kedua pasukannya. 2-1. Minit ke 30, sekali lagi gawang PES 08 dibolosi. Gol dari tandukan padu swat yang tepat ke bucu kiri gawang hasil dari hantaran lintang raivoc yang terkenal dgn corak permainan seorg goal keeper yg gemar menyerang. Kedudukan kini 2-2. PES tersentak namun masih menunjukkan muka yg cool. Corak permainan PES 08 kelihatan sidikit lain selepas gol penyamaan. Hasilnya, gol ketiga diperolehi mereka hasil ’one-two’ oleh miekopkings dan el_nino yg disudahkan oleh el_nino dgn gaya ’placing’ yg digemarinya. 5 minit sebelum tamat separuh masa, miekopkings berjaya menambah gol PES 08 hasil 'through pass' menarik ala Xabi Alonso dari el_nino. Tamat separuh masa, PES 08 mendahului 4-2.

Pada separuh masa kedua, pasukan SV nampak lebih garang dengan nafsu yang lebih buas untuk menyerang untuk menambah gol, manakala PES 08 kelihatan bermain dgn corak bertahan. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh SV ke arah gawang PES 08. Pada minit ke-60, sekali lagi raivoc membuat hantaran lintang menariknya dan tanpa membuang masa, swat terus membuat sepakan basikal ala Peter Crouch namun terkena tangan miekopkings. PENALTI!! Jerit raivoc. Dangan pantas raivoc mengambil bola dan bersedia mengambil sepakan penalti tersebut. Dengan tenang raivoc berjaya menambah tekanan pasukan PES 08. Raivoc berlari ke posisi sebenar sambil menunjukkan speknya yg tidak normal itu. Gaya celebration baru..?? Pada minit ke 78, sekali lagi swat membuat rembatan padu ke arah gawang PES 08 namun berjaya ditanduk keluar oleh el_nino. Swat kelihatan marah lalu berbunga-bunga langkah silat kelihatan. Satu gol amat bermakna bagi pasukan SV. Pelbagai usaha dilakukan, namun kekebalan PES 08 di saaat akhir perlawanan menggagalkan SV mencari gol penyamaan. Kedudukan 4 berbalas 3 kekal hingga wisel penamat ditiup oleh pengadil.




Keputusan Perlawanan : PES 08 4-3 Selut Volunterior


Man of The Match : El_nino



Temubual :

Miekopkings: Kemanangan kedua, sbg pemain yg meledak 2 gol juga sbg pengurus, berikan komen anda.

El_nino: Menang yang hampir seri, MOM pertama musim ini, apa komen anda.

Swat: Hat-trik yg diharapkan tidak menjadi. Pasukan anda kalah tipis. Jelaskan kelemahan pasukan anda sekarang ini. Apakah langkah2 yg anda akan ambil?

Raivoc: sbg seorg penjaga gawang yg berjaya meledak gol, apa prestasi anda dan pasukan ketika ini.

_________________


"Torres is an extraordinary forward, and If he has a good head he will become a worldwide player. He is young and he has everything to be grandiose" - Thierry Henry, French National Team Forward


MODERATOR
Back to top Go down
View user profile
el_nino
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 1213
Age : 31
Location : atas tikar terbang
Registration date : 2008-02-25

PostSubject: Re: Kemenangan Tipis PES 08   Mon Sep 01, 2008 3:11 pm

El_nino: Menang yang hampir seri, MOM pertama musim ini, apa komen anda.


huh...adakah ini yg perlu kami hadapi setiap perlawanan...? berdepan dgn lawan yg agak sukar..kami perlu bertungkus lumus utk memastikan kemenangan milik kami..sblm ini bunkface..kali ini SV..lps ini supremo..sungguh tidak disangka kesemua pasukan pd musim ini sgt mencabar..(sambil mengesat peluh di dahi)
MOM..seperti biasa..semua pemain akan cuba tunjukkan corak permainan terbaik..kali ini mungkin tuah saya agaknya..saya akan terus buat yg terbaik utk pasukan saya..
erm..maaf ye..saya terpaksa pergi dulu, ada training utk persaipan bertemu Supremo! tongue

_________________


"Torres is an extraordinary forward, and If he has a good head he will become a worldwide player. He is young and he has everything to be grandiose" - Thierry Henry, French National Team Forward


MODERATOR
Back to top Go down
View user profile
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: Re: Kemenangan Tipis PES 08   Tue Sep 02, 2008 9:27 pm

Miekopkings: Kemanangan kedua, sbg pemain yg meledak 2 gol juga sbg pengurus, berikan komen anda.

kemenangan ke kemanangan..
bounce

ok la, skali lagi saya bangga dengan prestasi kami sepasukan..skuad ini nampak semakin serasi perlawanan demi perlawanan..keyakinan juga semakin tinggi utk mencapai matlamat liga utk tahun ini..kami perlu memberi fokus kepada pasukan supremo yang mempunyai rekod yang hebat musim ini..

Untuk pencapaian individu, macam biasa setiap pemain memerlukan antara satu sama lain, jadi tidak adil lah jika saya mendapat segala pujian untuk dua gol itu..

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm
Back to top Go down
View user profile
raivoc
Noob
Noob
avatar

Male
Number of posts : 109
Age : 30
Location : Hell
Registration date : 2008-03-04

PostSubject: Re: Kemenangan Tipis PES 08   Thu Sep 04, 2008 6:14 am

Raivoc: sbg seorg penjaga gawang yg berjaya meledak gol, apa prestasi anda dan pasukan ketika ini.


Seperti yang saya telah predictkan sebelum ini. Ketiadaan striker dlm pasukan kami bukanlah suatu kelemahan. Oleh itu kami akan memiliki kemenangan pertama kami pada perlawanan seterusnya. Razz Razz Razz Razz
Back to top Go down
View user profile
SWAT007
Intermediate
Intermediate
avatar

Male
Number of posts : 294
Age : 30
Registration date : 2008-02-25

PostSubject: Re: Kemenangan Tipis PES 08   Fri Sep 05, 2008 10:11 pm

Swat: Hat-trik yg diharapkan tidak menjadi. Pasukan anda kalah tipis. Jelaskan kelemahan pasukan anda sekarang ini. Apakah langkah2 yg anda akan ambil?

1 permulaan yg baik kerana terdapat kesilapan teknikal semasa predict, maka kami tewas... yg paling penting perlawanan selepas ini kami akan ambil langkah kanan dan langkah seribu supaya dapat menjaringkan banyak gol dan mencabar pendahulu liga musim ini.....
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Kemenangan Tipis PES 08   

Back to top Go down
 
Kemenangan Tipis PES 08
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: