Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLog inGallery

Share | 
 

 Bush patut contohi Salehudin al-Ayubi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
.Kira.
Admin
Admin
avatar

Male
Number of posts : 1112
Age : 31
Location : Shah Alam
Registration date : 2008-02-22

PostSubject: Bush patut contohi Salehudin al-Ayubi   Mon Feb 25, 2008 12:48 pm

Isnin Oktober 1, 2001 The Guardian

George Bush, yang pada mulanya
menyamakan peperangan menentang
keganasan sebagai satu "crusade"
(perang salib), sepatutnya mencontohi
teladan yang ditunjukkan oleh panglima
Islam, Salehuddin al-Ayubi (Saladin),
dan bukan teladan kekejaman tentera
Kristian semasa perang salib tersebut.

Pada tahun 1099, bila tentera perang
salib Kristian menakluki Jerusalem,
mereka telah menyembelih setiap umat
Islam dan orang Yahudi - tak kira
lelaki, wanita dan kanak-kanak - dalam
acara pembunuhan yang bermula dari
sejak pagi hinggalah jauh ke tengah
malam. Salah seorang dari 'crusaders'
(pahlawan Kristian) telah mencatatkan
bagaimana beliau terpaksa mengharungi
mayat-mayat (umat Islam dan orang
Yahudi) yang berlambak setinggi paras
lutut di jalan-jalan di Jerusalem.

Bila panglima Islam, Salehudin al-
Ayubi (Saladin) menakluk kembali
Jerusalem pada 1187, beliau tidak
membunuh seorang pun penduduk
Jerusalem yang bukan Islam, malah pada
keesokan harinya Salehudin telah
membenarkan penganut semua agama
(tidak kira sama ada Islam atau
Kristian atau Yahudi) untuk
bersembahyang di tempat-tempat suci
masing-masing agama di bandar
Jerusalem tersebut.

Bush dan Tony Blair perlu contohi
teladan baik yang ditunjuk oleh
Salehudin (Saladin) yang
berperikemanusiaan dan sabar itu
daripada terbawa-bawa dengan
teladan 'crusaders' Kristian yang
telah membalas dendam dan membunuh
secara rambang dan kejam. Bush dan
Blair dalam pada hendak mengalahkan
Osama bin Laden dan kumpulan al-Qaida
hendaklah elak dari membunuh rakyat
Afghanistan, dan hendaklah juga tolak
desakan sesetengah pihak untuk
seterusnya menyerang pula negara-
negara (Islam) yang berhampiran.
(Catatan: Yang dimaksudkan adalah
desakan supaya diserang Iran, Iraq,
Palestine dan Lebanon selepas
berperang dengan Afghanistan).

Sejak awal lagi selepas serangan
September 11, Bush memang menunjukkan
kesabaran. Yang perlu sekarang adalah
supaya Bush terus bersikap sabar di
hari-hari dan bulan-bulan yang akan
datang.

Presiden Bush, dengan disokong oleh
Blair, pada mulanya telah menetapkan
objektif yang keterlaluan sebagai
membalas dendam terhadap serangan
September 11: iaitu tidak kurang dari
memerangi keganasan di seluruh pelusok
dunia. Sejak dari itu, Bush dan Blair
telah akur kepada nasihat dari
penasihat dasar luar dan pihak tentera
yang telah memberitahu kedua pemimpin
itu bahawa matlamat mereka yang
keterlaluan itu tidak boleh dicapai.
Setelah pihak tentera dan diplomatik
mengkaji dengan lebih teliti, lebih
banyak masalah telah tertampil - maka
Bush dan Blair terpaksa menurunkan
sasaran objektif mereka.

Britain telah menasihatkan US supaya
dihadkan tindakan ketenteraan hanya ke
atas Afghanistan (dan tidak ke atas
lain-lain negara Islam) dengan
mengurangkan sejauh mana yang boleh
terkorbannya nyawa orang-orang awam.
Melancarkan missiles jarak jauh bukan
sahaja tidak akan memastikan
pencapaian objektif dengan sepenuhnya,
tetapi ianya hanya menambahkan risiko
kemungkinan terkena orang-orang yang
tidak bersalah.

Kebanyakkan orang di sebelah barat
tidak akan bersedih bila orang-orang
Bin Laden dibunuh nanti, tetapi ianya
akan menyentuh perasaan mereka yang
berfahaman liberal. Apabila bilangan
mayat meningkat, akan timbul
pertanyaan adakah tentera khas (US dan
Britain) berhak dan boleh dengan tepat
menentukan yang mereka bunuh itu
adalah benar-benar anggota kumpulan
Bin laden? Mengikuti dasar yang
konsisten amatlah penting : iaitu jika
menjadi suatu kesalahan bagi tentera
British mengamalkan dasar "shoot-to-
kill" di Ireland Utara, dan jika
adalah kesalahan bagi Israel untuk
melakukan serangan "pre-emptive"
(serangan untuk mencegah) ke atas
orang Palestine di West Bank dan Gaza,
maka timbul persoalan adakah betul
atau pun salah bagi tentera khas US
dan Britain untuk berlagak sebagai
pendakwa, hakim, dan para juri di
Afghanistan?

Ada satu lagi dilema dari segi undang-
undang antarabangsa yang lebih serius.
US dan Britain boleh mendakwa mereka
mendapat restu Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) untuk memerangi kumpulan Bin
Ladin. Tetapi tidak ada restu dari PBB
untuk serangan-serangan ke atas
Taliban. Di medan perang yang lapang
sudah tentu pejuang-pejuang Taliban
akan kena sembelih oleh senjata
canggih US dan Britain. Tetapi mayat-
mayat orang Taliban itu akan
menimbulkan pertanyaan sama ada
tindakan ke atas mereka itu adalah sah
di sisi undang-undang.

Walau pun Taliban punyai rekod yang
buruk dari segi hak-hak manusia,
Taliban hanyalah bersalah dalam kes
ini kerana melindungi Osama bin Ladin
dan kumpulannya: ini tidak cukup sebab
musabab untuk memerangi Taliban

Jika memberi perlindungan kepada
pengganas dan pertubuhan gerila
merupakan suatu jenayah, kalau begitu
senarai negara yang bersalah adalah
panjang, bermula dengan Pakistan
kerana membantu dua kumpulan pengganas
di Kashmir (catatan: kumpulan-kumpulan
pembebasan Islam di Palestine,
Kashmir, Mindanao dan Acheh yang
memperjuangkan pembebasan dan
kemerdekaan sudah mula ditakrifkan
sebagai kumpulan-kumpulan pengganas
Islam). Tetapi Bush dan Blair tidak
berhak bertindak sebagai polis dunia
di seluruh Timor Tengah, Asia Selatan,
Afrika dan Asia.

Amerika perlu berwaspada dan jangan
merebakkan peperangan ke Iraq.

Cadangan yang diutarakan oleh Pentagon
(untuk turut menyerang Iraq) dikira
kukuh. Jika Saddam dihapuskan maka
tidaklah perlu lagi bagi US dan
Britain untuk mengawasi ‘no fly zone’
dan sekatan ekonomi ke atas Iraq. Dan
bolehlah US menarik keluar tenteranya
dari Arab Saudi. Dengan demikian dua
sumber kebencian terhadap US di Timur
Tengah akan terhapus.

Tetapi, walau pun menghapuskan Saddam
itu kelihatan menarik, masih ada
keperluan untuk bertindak mengikut
garisan undang-undang antarabangsa.
Tidak terdapat apa-apa bukti wujudnya
pertalian antara Saddam dan Osama bin
Laden, walau pun US dan Britain sangat-
sangat inginkan ianya wujud.

Diharap kaedah yang akan menentukan
tindak-tanduk Bush dan Blair dalam
masa-masa berhampiran ini adalah:
Adakah tindakan mereka akan membuat
keadaan berubah menjadi baik atau pun
memburukkan lagi keadaan?

Tentera Kristian (crusaders) semasa
Perang Salib dahulu telah menjadikan
keadaan bertambah buruk. Stephen
Runciman, dalam menulis 3 jilid
sejarah Perang Salib, membuat rumusan
bahawa tindakan-tindakan kejam oleh
pihak Kristian (semasa Perang Salib)
telah mengakibatkan hubungan antara
Islam dan Kristian menjadi buruk buat
beberapa abad: “Terbukti bahawa sikap
fanatik Kristian yang dahagakan darah
orang Islam yang menzahirkan fanatik
Islam.”

Ewen MacAskill

(Terjemahan Tarabulsi)

_________________
Back to top Go down
View user profile http://prop-c.teamconvention.com
scofield
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 587
Age : 30
Location : ISS
Registration date : 2008-02-25

PostSubject: Re: Bush patut contohi Salehudin al-Ayubi   Fri Mar 21, 2008 10:59 pm

Islam mmg agama yg indah..
Keindahan Islam dicantikkan lg dgn pahlawan unggul mcm Salahuddin al-Ayubi..
Back to top Go down
View user profile
 
Bush patut contohi Salehudin al-Ayubi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 303 Short Lee Enfield Bush gun
» Alberta Bush Fire...
» Machete Legitimus Collins & Co No 1250, 1943
» Kate Bush - There Goes a Tenner
» Sophia Bush Theme

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Articles Collection-
Jump to: