Ringkasan Piala PL (1st Semifinal)
Tiada kejutan bagi perlawanan pertama separuh akhir Piala PL di mana pasukan yang mengungguli dua tempat teratas liga menang dengan margin yang agak selesa pada perlawanan ini.
Bunkface | 0 | 7 | Supremo |
imhafluniaz | red card | 6gol 1gol | Kaaleq encore |
Perlawanan yang berat sebelah memihak kepada Supremo. Kad merah yang diterima imhafluniaz di atas kekasaran terhadap encore yang dikenalpasti oleh sebab sejarah lalu, menyebabkan tugas SUpremo untuk melauk pasukan Bunkface yang kurang berpengalaman menjadi lebih mudah. Kaaleq yang terkenal dengan sikap oportunis berjaya menyumbat 6 gol, dan encore juga tidak mahu ketinggalan menjaring 1 gol bagi menambah derita Bunkface. Keputusan akhir 7-0 kepada Supremo dengan anugerah pemain terbaik perlawananan diterima oleh Kaaleq.
InterviewPasukan Supremo = Rekod 100% kemenangan terpelihara lagi. Pasukan ini menampakkan peningkatan yang ketara daripada pasukan tercorot pada musim lepas kepada pasukan yang menjadi antara favourite untuk Piala dan Liga PL. Apakah resipi peningkatan ini? Dan bagaimanakah persiapan untuk menentang pasukan PES08 yang memang konsisten musim lepas dan musim ini.
Pasukan Bunkface = Jelas sekali kekurangan pengalaman menjadi faktor kekalahan demi kekalahan musim ini. Apakah percaturan untuk mengubah rekod buruk ini dan apakah persiapan menentang pasukan yang mempunyai rekod yang juga kurang baik seperti Bunkface (S.V.)
S.V | 2 | 4 | PES 08 |
raivoc SWAT007 | 2 gol red card | 3gol 1gol | el_nino miekopkings |
Perlawanan yang sengit dengan kedua pasukan berbalas serangan dan gol sehinggalah SWAT007 dilayang kad merah yang telah menjdai pengubah corak perlawanan dan membolehkan el_nino mendapatkan hattrik pertamanya musim ini dengan dibantu 1 gol oleh miekopkings. Gol awal dari raivoc dan SWAT007 tidak dapat menghalang kemaraan PES08 yang menang 4-2. Anugerah pemain terbaik perlawanan diterima oleh el_nino
InterviewPasukan PES08 = Satu lagi kemenangan. Bagaimanakah anda rasa prestasi pasukan anda secara keseluruhan musim ini dan apakah persiapan untuk perlawanan mencabar akan datang menentang Supremo.
Pasukan S.V. = Pasukan anda dilihat terumbang ambing setelah mengalami pertukaran tampuk pemerintahan. Adakah faktor lain yang menyumbang kepada prestasi buruk musim ini. Dan beri kata dua kepada lawan anda selepas ini iaitu Bunkface.