Prop-C
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLatest imagesLog inGallery

 

 PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB

Go down 
2 posters
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB Empty
PostSubject: PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB   PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB EmptyMon Apr 21, 2008 2:42 pm

PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB

The NooB vs PES 08

Venue : Stamford Straits Trimes





Ini adalah perlawanan akhir Piala PL. Sesetengah orang berpendapat ini adalah perlawanan terhebat abad ini. The NooB berpendapat ini adalah pelengkap kehebatan mereka musim ini. Bagi PES 08 pula ini adalah perlawanan pembalasan dendam mereka yang membara terhadap The NooB. Apa-apa pun pemenang akan dinobatkan juara Piala PL, dan yang kalah akan pulang mengigit jari.

Perlawanan bermula dengan garang. PES 08 menyerang seperti singa yang baru terlepas dari sarkas. Seawal minit ke 5 kechique telah menjaringkan gol pertama pialanya melalui tandukan hasil hantaran miekopkings. Selepas itu, beliau menambah dua lagi gol untuk melengkapkan hattriknya melalui hantaran satu dua yang disempurnakan baik dan juga melalui tandukan hasil sepakan sudut el_nino. Semuanya belaku pada 20 minit pertama. PES 08 tidak berhenti setakat itu sahaja, el_nino pula kali ini mendapat faedah hasil hantaran cantik miekopkings lalui beliau membuat larian pantas "ITS NANDO"nya lalu membuat penyudah berbisanya. El_nino yang favourite menjadi penjaring terbanyak Piala PL, sekali lagi menyengat apabila bola hantaran kechique di'volley'nya dengan cukup hebat ke sudut kanan gol menewaskan psycoparadox. Seluruh pasukan dan peminat The NooB terlopong, terkejut dengan aksi pantas dan penyudahan berbisa pasukan PES 08. Manakala iefie dengan berangnya memarahi psycoparadox kerana gagal melakukan tugas pertahanan dengan berkesan.Kedudukan kekal 5-0 hingga rehat.

Separuh masa kedua tempo perlawanan semakin perlahan. The NooB akhirnya berjaya menjaringkan satu gol dari sepakan padu iefie yang jelas melepaskan geram kerana pasukannya menjadi belasahan di separuh masa pertama tadi. Tetapi gol itu sedikitpun tidak menggentarkan anak buah miekopkings yang terus menyerang dan akhirnya el_nino berjaya melengkapkan hattriknya melalui sepakan penalti selepas psycoparadox sekali lagi dilayangkan kad merah akibat kekasaran di kotak penalti. Pasukan The NooB yang tinggal iefie seorang sahaja tidak mempu berbuat apa, dan pasukan PES pula sudah mula meraikan kejuaraan mereka di atas padang dan menyebabkan kedudukan kekal 6-1 hingga tamat masa. Kejuaraan Piala PL akhirnya sah milik PES 08.




PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB Blue-gold-aero
Pemain dan pengurus PES mengangkat megah Piala PL


Keputusan Perlawanan : PES 08 6-1 The NooB



Man of The Match : kechique



Temubual :


kechique: Hatrik di perlawanan Piala PL anda sekaligus membantu pasukan menjuarai kejohanan ini. Komen?

iefie265: Gagal menjuarai Piala setelah berjaya di Liga, bagaimanakah perasaan anda?

psycoparadox: Dilayangkan kad merah pada perlawanan sepenting ini. Kecewa, sedih atau marah?

el_nino: Hatrik hari ini sekaligus membolehkan anda merangkul Piala PL dan juga Kasut Emas Piala PL. Gambarkan perasaan anda?

miekopkings: Setelah kekecewaan di liga, anda berjaya menjuarai Piala PL, ceritakan perasaan anda?


Last edited by miekopkings on Mon Apr 21, 2008 3:26 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB Empty
PostSubject: Re: PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB   PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB EmptyMon Apr 21, 2008 3:25 pm

miekopkings: Setelah kekecewaan di liga, anda berjaya menjuarai Piala PL, ceritakan perasaan anda?

Sudah tentu kami berasa amat puas dengan kejayaan hari ini. Lebih-lebih lagi dapat membalas dendam terhadap pasukan The NooB dengan jaringan yang besar, ianya menambah lagi manisnya kejayaan ini.

Saya patut berterima kasih kepada dua pemain hari ini iaitu el_nino dan kehique yang masing-masing melakukan hattrik. Ia sememangnya sesuatu yang hebat untuk menjaringkan gol sebanyak itu, lebih-lebih lagi di perlawanan akhir.

Terima kasih juga pada peminat yang tidak jemu menyokong. Kami yakin, kami akan bertambah maju lagi tahun hadapan untuk mencapai lebih banyak kejayaan.
Back to top Go down
el_nino
Moderator
Moderator
el_nino


Male
Number of posts : 1213
Age : 37
Location : atas tikar terbang
Registration date : 2008-02-25

PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB Empty
PostSubject: Re: PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB   PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB EmptyMon Apr 21, 2008 4:07 pm

el_nino: Hatrik hari ini sekaligus membolehkan anda merangkul Piala PL dan juga Kasut Emas Piala PL. Gambarkan perasaan anda?


sekali lagi hat-trik telah saya cipta.. cheers
perasaan paling gembira sewaktu saya memegang piala PL..inilah hasil yg kami perolehi setelah berhempas pulas bermain..
tahniah juga kepada pemain baru kami iaitu kechique yg telah membuka gol perlawanan dgn hat-triknya!
sememangnya saya mengejar kasut emas tersebut..
terima kasih kepada manager yg telah memberi keperayaan kepada saya untuk bermain setiap perlawanan..
tidak lupa juga kepada penyokong yg tidak putus2 memberi sokongan..terima kasih!
penyokong kami sgt fantastic...xpernah diam sepanjang perlawanan.
harapan saya semoga PES 08 akan terus memberi saingan sengit kepada semua pasukan lain pada musim hadapan..tq..
Back to top Go down
Sponsored content





PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB Empty
PostSubject: Re: PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB   PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB Empty

Back to top Go down
 
PES 08 Juarai Piala PL Menewaskan The NooB
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» NooB Sah Juarai Liga PL
» The NooB vs PES 08 (Piala Sumbangsih)
» [Piala PL] Pendrive 512MB vs The NooB
» Pendrive Rangkul Tempat ke 3, SV Ke 4 Piala PL
» Kontroversi dan Piala Sumbangsih Untuk PES 08

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: