Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLog inGallery

Share | 
 

 Pendrive Rangkul Tempat ke 3, SV Ke 4 Piala PL

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: Pendrive Rangkul Tempat ke 3, SV Ke 4 Piala PL   Mon Apr 21, 2008 2:24 pm

Pendrive Rangkul Tempat ke 3, SV Ke 4 Piala PL

Pendrive 512MB vs Selut Volunterior

Venue : NooB City Stadium




Perlawanan yang sungguh genting membabitkan dua pasukan yang tidak mempunyai harapan untuk mendapat apa-apa piala lagi. Tempat ketiga sudah tentu akan menjadi ubat yang cukup bermakna untuk salah satu pasukan ini, pada musim pertama ini.

Perlawanan bermula dengan sengit. Pendrive membuka tirai gol. Melalui gerakan cantik Kaaleq melepasi SWAT007 sebelum melorongkan bola kepada encore yang mudah menolak masuk melepasi raivoc di gawang gol. Raivoc hanya menggaru-garu kepala, pelik akan gol awal itu.Tetapi Perlawanan kembali seri apabila Raivoc kali inimembantu dengan sepakan golnya yang melambung tinggi untuk dikawal dengan baik SWAT lalu sepakannya melepasi Badrul Bakhtiar yang seperti penjaga gol yang tiada tangan di hadapan gawangnya. SWAT007 sekali lagi menunjukkan bisanya apabila sekali lagi menjaringkan gol melalui sepakan percuma. Beliau mengeluarkan bunga pencak silatnya sebelum membuat rembatan cantik melepasi benteng dan Badrul Bakhtiar di gawang. Pendrive tidak lemah semangat, sebaliknya mereka terus menyerang dan akhirnya pada akhir separuh masa pertama, Badrul Bakhtiar pula membuat gerakan melalui hantaran lintang dan encore melompat tinggi, lebih tinggi dari capaian tangan raivoc untuk menjadikan kedudukan 2-2 hingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua tidak kurang hebatnya, apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. pada minit ke 54, SWAT akhirnya melengkapkan hattriknya apabila sekali lagi menyambut baik hantaran jauh raivoc untuk menjadikan kedudukan 3-2 untuk SV. Gol tersebut tidak langsung mematahkan semangat lawan Pendrive apabila Badrul Bakhtiar pula kali ini sekali lagi menyamakan kedudukan melalui gerakan solo dari kotak penalti sendiri ala Theo Walcott semasa vs Liverpool tempoh hari dan penyudahnya cukup hebat hinggakan raivoc hanya mampu melihat bola masuk ke gawang dengan kepaduan yang melampaui tahap manusia biasa. Masing- saling berbalas serangan, encore menjadi perancang utama sepanjang perlawanan dan Kaaleq boleh berasa kecewa kerana beberapa kali berhadapan satu lawan satu dengan raivoc tetapi gagal menewaskan raivoc yang tampak semaikin kebal. Tetapi akhirnya usaha berterusan itu membuahkan hasil apabila pada minit-minit terakhir semasa peminat sudah bersedia menempuhi masa tambahan, Badrul Bakhtiar menghancurkan hati dan perasaan pemain dan peminat SV. Ia berpunca dari kesilapan SWAT yang sibuk membuka langkah silatnya semasa hendak menyepak sehingga menyebabkan bolanya dicuri encore yang terus sahaja menghantar Badrul Bakhtiar di hadapan untuk beliau membuat penyudahan yang cukup berbisa menjadikan kedudukan 4-3 dan membawa kemenangan pada pasukannya.






Peminat berarak di luar stadium merayakan kejayaan Pendrive

Keputusan Perlawanan : Selut Volunterior 3-4 Pendrive 512MB



Man of The Match : Badrul Bakhtiar



Temubual :


Kaaleq: Tiada sumbangan yang jelas dari anda sebagai pemain, tetapi pasukan anda memperoleh kemenangan yang diluar jangkaan. Komen?

encore: Dua gol dari anda hari ini, menjadi antara penyumbang kemenangan hari ini. Komen?

Badrul Bakhtiar: Nama anda akan tercatit dalam sejarah Pendrive kerana menjadi wira pada perlawanan sepenting ini. Ceritakan perasaan anda sekarang.

SWAT007: Ana dapat bola perlawanan hari ini hasil hattrik anda, tetapi ianya pasti tidak manis kerana pasukan anda kalah hari ini. Ceritakan perasaan dan adakah anda hendak membuang sahaja bola tersebut?

raivoc: Anda bolos 4 gol hari ini, sebagai penjaga gol, adakah anda mengaku ianya kesilapan anda?

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm
Back to top Go down
View user profile
KaaleQ
Intermediate
Intermediate
avatar

Male
Number of posts : 260
Age : 32
Location : dalam bilik, depan laptop
Registration date : 2008-03-04

PostSubject: Re: Pendrive Rangkul Tempat ke 3, SV Ke 4 Piala PL   Mon Apr 21, 2008 3:13 pm

Kaaleq: Tiada sumbangan yang jelas dari anda sebagai pemain, tetapi pasukan anda memperoleh kemenangan yang diluar jangkaan. Komen?

ape yg diluar jangkaan??saye dah bgtau sbelum ni kehadiran badrul bakhtiar akan menguatkan lagi pasukan kami.ape yg sy ckp kan tuh bkn hanye ckp kosong. skrg telah terbukti yg pendrive mampu memberi cabaran kpd pasukan lain. mungkin kami agak terlewat utk bangkit. jadi, mari kt lihat prestasi sbenar pasukan pendrive pd musim hadapan. dgn pengurusan yg bagus dan cekap serta pemain yg berkaliber dan berkomitmen tinggi, pasukan pendrive tidak akan menjadi pasukan belasahan lagi selepas ini.
Back to top Go down
View user profile http://www.yob4ever.com/forum
encore86
Senior
Senior
avatar

Male
Number of posts : 437
Age : 30
Location : Penang, Johore.
Registration date : 2008-02-23

PostSubject: Re: Pendrive Rangkul Tempat ke 3, SV Ke 4 Piala PL   Mon Apr 21, 2008 3:43 pm

encore: Dua gol dari anda hari ini, menjadi antara penyumbang kemenangan hari ini. Komen?

well... bukan nak kata la... tapi itulah kehebatan pendrive. mungkin sesi depan, pasukan lain diharapkan supaya lebih berhati2 bila berdepan dgn pendrive. even team kami hanya dapat tmpat ke-3, ini dh jadi sebagai perangsang terhadap pendrive untuk cuba muncul juara pula disesi akan datang. watch out...!!!!
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/encore86
raivoc
Noob
Noob
avatar

Male
Number of posts : 109
Age : 30
Location : Hell
Registration date : 2008-03-04

PostSubject: Re: Pendrive Rangkul Tempat ke 3, SV Ke 4 Piala PL   Mon Apr 21, 2008 10:54 pm

raivoc: Anda bolos 4 gol hari ini, sebagai penjaga gol, adakah anda mengaku ianya kesilapan anda?

Persembahan saya sungguh mengecewakan pada perlawanan ini dan saya mengaku saya terlalu cuai semasa perlawanan ini. Semasa menaiki coach untuk balik, Pengurus yang injured dan Swat telah membelasah saya tanpa belas kasihan. silent silent Selepas itu, saya berjanji akan menambah baikkan persembahan saya pada season yang akan datang. drunken drunken
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Pendrive Rangkul Tempat ke 3, SV Ke 4 Piala PL   

Back to top Go down
 
Pendrive Rangkul Tempat ke 3, SV Ke 4 Piala PL
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: