Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLog inGallery

Share | 
 

 NooB Sah Juarai Liga PL

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: NooB Sah Juarai Liga PL   Sun Apr 20, 2008 4:58 pm

NooB Sah Juarai Liga PL

The NooB vs Pendrive 512MB

Venue : NooB City Stadium



Pada perlawanan akhir liga ini, pasukan The NooB memerlukan 3 mata untuk memastikan status mereka sebagai juara liga PL untuk musim pertama ini manakala Pendrive bermain untuk mengecapi kemenangan pertama mereka pada kejohanan liga.

The NooB nampak lebih bersemangat untuk mendapat gol awal. Pada awal-awal permainan iefie bertindak sebagai perancang dengan membuat hantaran mudah tepat pada psycoparadox yang perlu bertindak pantas mengambil bola tersebut dan terus meledakkan sepakan berbisa untuk menewaskan badrul bakhtiar di hadapan gol. Peminat The NooB sudah mula menyanyikan lagu Championes, Championes. The Noob terus melancarkan serangan demi serangan terhadap kubu kawalan Badrul Bakhtiar. Pada minit ke 30, sekali lagi psycoparadox menjaringkan gol menarik dari sepakan percuma menembusi celah kelangkang Kaaleq yang jelas terbuka terlebih luas dan Badrul Bakhtiar tidak sempat bertindak apa-apa. Beliau nampak marah dengan barisan bentengnya yang bocor. Pendrive cuba membalas kembali melalui percubaan Kaaleq Rocket yang semakin terkenal tetapi tidak tepat pula kali ini. Kedudukan kekal 2-1 hingga waktu rehat.

Pada separuh masa kedua, pemain The NooB sudah nampak bersedia mahu menyambut kemenangan kiga. Psycoparadox sudah memakai 'topi parti'nya di tengah padang tetapi akhirnya dilayangkan kad kuning kerana tindakan peliknya itu. Pasukan Pendrive nampak marah dengan pasukan The NooB oleh sebab semangat kesukanan yang tiada itu, dan terus melancarkan serangan demi serangan. Usaha mereka berhasil melalui sepakan sudut yang diambil encore 86 ditanduk kemas oleh Badrul Bakhtiar untuk gol pertama Pendrive dan karier beliau. Serangan demi serangan terus dilancarkan, pada minit ke 82, encore sudahpun meloloskan dirinya dan sedia untuk menyepak masuk gol, tetapi dengan ganasnya psycoparadox membentes keras dari belakang betisnya yang besar balak itu. Encore memprotes tetapi sewaktu insiden itu, pengadil sedang berborak dengan iefie sambil iefie kelihatan mengambil sesuatu dari kocek dan menghulurkannya kepada pengadil. Kontroversi terus menyelubungi pasukan The NooB. Selepas itu pengadil terus meniupkan wisel walaupun masa baru mencapai 85 minit. Pasukan Pendrive memprotes keputusan pengadil dan pasukan The NooB terus menyambut kejuaraan liga yang sudah sah mereka perolehi. Peminat The NooB yang kebanyakan memiliki markah IQ kurang dari 10 terus melepasi kawalan pegawai stadium dan memenuhi padang untuk sama meraikan kejuaraan liga.




Keputusan Perlawanan : The NooB 2-1 Pendrive 512MB



Man of The Match : psycoparadox



Temubual :


psycoparadox: Dua gol, but emas dan kejuaraan liga. Seronok?

encore: Beri ulasan tentang kontroversi di akhir perlawanan.

Kaleeq: Komen tentang perlawanan hari ini, gol pertama Badrul Bakhtiar serta prestasi pasukan untuk musim ini.

Badrul Bakhtiar: Gol pertama anda, tetapi pasukan anda kalah lagi. Menyesal tak masuk team ni?

iefie265: Selaku pengurus, komen tentang kemenangan liga ini

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm
Back to top Go down
View user profile
 
NooB Sah Juarai Liga PL
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Noob trying to Remove Nav Links like Groups. PHBB2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: