Selepas perlawanan liga yang penuh kontroversi dalam kedua-dua perlawanan, FA PL kini dalam dilema dan ditekan oleh pengurus-pengurs terutamanya absolutely akibat peraturan yang dikatakan tidak tetap dan terlalu fleksibel, malah ada juga yang menyatakan ianya terlalu keras.
FA PL yang ditemubual menyatakan berpendapat, pengurus yang lambat patut menyalahkan diri sendiri kerana lambat menghantar ramalan pasukan mereka, dan bukannya menyalahkan peraturan FA yang bertujuan mendisiplinkan setiap ahli pasukan.
Perlawanan yang perlu diramal sudah diberitahu pada hari khamis lagi, dan pihak FA berpendapat masa yang diberi adalah cukup, dan pihak pengurus tidak patut menrungut 'deadline' terlalu awal.
Banyak yang perlu diatur oleh pihak FA sebelum perlawanan bermula, seperti memeriksa ketepatan ramalan, masa, dan memastikan setiap ramalan betul2 datang dari peramal yang dinyatakan. Dan sebab inilah 'deadline' tersebut adalah beberapa jam lebih awal dari perlawanan sebenar.
Pihak FA juga menambah bahawa mereka berharap keadaan lebih baik selepas ini, dan setiap pengurus boleh menerima keputusan baru-baru ini dan tidak melakukan tindakan drastik seperti meletak jawatan dan sebagainya.
Sesiapa yang mempunyai cadangan, persoalan dan kritikan membina diharap dapat 'post' di sini. Harap maklum