Prop-C
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLatest imagesLog inGallery

 

 PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya

Go down 
3 posters
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya Empty
PostSubject: PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya   PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya EmptySun Mar 30, 2008 2:53 pm


PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya

PES 08 vs Selut Volunterior

Venue : Ronafield


Satu lagi perlawanan getir antara dua pasukan yang mengungguli tempat pertama dan kedua liga. Kedua-dua pasukan nampak bersemangat untuk membuat permulaan baik untuk Piala PL ini.

Pada minit ke 16, el_nino membuat hantaran lintang dari kanan terus ke mencari miekopkings. Miekopkings meloloskan diri dari kawalan swat lalu membuat volley yang sangat menarik.Sv mengatur serangan. absolutely membuat 'through pass' kepada swat melepasi kawalan longgar miekopkings lau merembat deras ke arah gol, tetapi bola sedikit tersasar ke kiri gawang gol PES08.swat menepuk dahi..Minit ke 33, miekopkings menerima hantaran tepat dari el_nino lalu membuat 'long shot'
yang padu dari jarak 36 meter, swat berjaya menampan tetapi bola tetap masuk ke gawang gol SV. 2-0. SV tersentak. mereka bermain dengan lebih berhati-hati. sekali lagi SV membuat serangan. swat mambuat hantaran jauh terus kepada abselutely. abselutely membuat skill ala Kaka melepasi el_nino lalu merembat kencang tetapi miekopkings berjaya menanduk bola keluar.. miekopkings membuat skill yang menarik melepasi kawalan swat namun dibentes keras oleh swat dalam kotak penalti ala Vidic yang kehilangan bola. pengadil memberikan kad kuning kepada swat dan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan PES08. el_nino merembat tenang ke kanan gol tetapi absolutely yang menjadi penjaga gol sementara meneka ke kiri gol. Beliau mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Gol ke 3 bagi pasukan PES08.


Separuh masa kedua bermula,pemain bermain dengan penuh hati-hati. Seawal minit ke 48, el_nino berjaya menambah satu lagi gol bagi pasukan PES08 menerusi hantaran cantik miekopkings. Moral para pemain SV kini berkurang. serangan demi serangan dilakukan oleh setiap pasukan. miekopkings yang sudah menjaringkan 2 gol cuba mencari gol ketiganya tetapi gagal setelah rembatan padu ala Steven Gerrard hanya sekadar terkena tiang gol. Pada minit ke 55, abselutely cuba membuat 'one two' dangan swat, lalu membuat lob yang menarik melepasi miekopkings, tetapi sayangnya bola sedikit tersasar ke kiri tiang gol PES08. absolutely melutut dan menutup mukanya kerana terlalu kecewa..kedudukan kekal 4-0. Minit ke 69, el_nino menggelecek bola melepasi kawalan absolutely lalu melepaskan satu rembatan deras ala Riise ke arah bucu gawang gol Sv..el_nino kini telah melengkapkan hat-trick sulungnya! Kekecewaan SV semakin kelihatan. Pengurus SV hanya mampu menggelengkan kepala. permainan diteruskan. Sv masih mengekalkan corak permainan tetapi PES08 seakan-akan semakin banyak menyerang. hasilnya pada minit ke 78, pemain2 muda. PES08 yang sungguh berbakat membuat gerakan menarik melepasi kawalan absolutely dan swat yang semakin longgar. el_nino membuat 'placing' yang sangat menarik dari sebelah kanan sekali lagi menewaskan swat di gawang. el_nino berlari sambil mendepakan tangannya...(seperti Fernando Torres). minit ke 80, swat membuat hantaran lintang menarik dari sebelah kanan padang mencari abselutely. absolutely yang dikawal ketat el_nino dan miekopkings terjatuh akibat terpeleot dengan sendirinya. absolutely meminta penalti tetapi pengadil bukan seorang yang buta lalu tidak mengendahkan beliau. 10 minit selepas itu, sepakan sudut diberikan kepada PES08. miekopkings membuat sepakan sudut, el_nino yang bijak mencari ruang kosong berjaya menanduk bola masuk ke gawang gol SV. SWAT terkapai-kapai seperti orang sedang lemas. kedudukan kekal 7 berbalas 0 sehingga wisel penamat.


Keputusan Perlawanan : PES 08 7-0 Selut Volunterior


Man of The Match : el_nino


Temubual :

el_nino: Pertama kali menjaringkan gol pada perlawanan kompetitif musim ini, 5 gol, anugerah man of the match dan pasukan anda telah menyamai rekod kemenangan terbesar dalam sejarah PL yang dilakukan oleh pasukan The NooB juga pada hari ini. Bagaimanakah perasaan anda sekarang

miekopkings: Soalan ringkas, komen tentang prestasi pasukan pada hari ini

SWAT: Apa yang anda rasa menjadi penyebab kekalahan besar hari ini?

absolutely: Kalah besar kepada salah satu musuh utama anda, bagaimana anda mahu memulakan perlawanan selepas ini setelah ahli pasukan menerima malu yang besar dan keyakinan mereka juga sudah tergugat.
Back to top Go down
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya Empty
PostSubject: Re: PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya   PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya EmptySun Mar 30, 2008 5:47 pm

miekopkings: Soalan ringkas, komen tentang prestasi pasukan pada hari ini

Pertama sekali, saya ingin memberikan penghargaan kepada peminat yang sudi datang dan menyokong kami. Mereka memang telah menjadi orang ke-3 untuk pasukan kami dan membantu memberi kemenangan ini.

Prestasi pasukan ini, nampak semakin memberangsangkan. Setelah keputusan yang agak mendukacitakan pada perlawanan pertama liga, kami tidak memandang belakang lagi. 12 gol dalam 2 perlawanan dan bolos 2 sahaja sepanjang musim, pasukan ini jelas mendapat keseimbangan yang baik antara pertahanan dan menyerang.

Tahniah juga saya ucapkan kepada el_nino kerana akhirnya berjaya menjaringkan gol untuk musim ini, terus 5 gol pulak tu. Saya berbangga mempunyai anak buah yang berbakat seperti beliau.

Selepas ini, masih ada 90 minit yang perlu dimainkan, di stadium stamford straits time, dan kami akan memastikan kami tidak hilang fokus supaya impian kejuaraan akan menjadi nyata.
cheers
Back to top Go down
el_nino
Moderator
Moderator
el_nino


Male
Number of posts : 1213
Age : 37
Location : atas tikar terbang
Registration date : 2008-02-25

PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya Empty
PostSubject: Re: PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya   PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya EmptySun Mar 30, 2008 7:28 pm

el_nino: Pertama kali menjaringkan gol pada perlawanan kompetitif musim ini, 5 gol, anugerah man of the match dan pasukan anda telah menyamai rekod kemenangan terbesar dalam sejarah PL yang dilakukan oleh pasukan The NooB juga pada hari ini. Bagaimanakah perasaan anda sekarang


pertamanya..saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yg hadir..kerana merakalah semangat saya berkobar2 untuk bermain dgn baik pada hari ini.

5 gol...saya sememangnya gembira dgn pencapaian tersebut..target saya dlm match ini adalah utk mendapatkan hat-trick..tetapi terlalu byk hantaran yg menarik oleh miekopkings membuatkan saya rasa perlu memberi penyudah yg baik! (sambil genggam tgn n wat muka eksen)

man of the match...emm...saya rasa ini kali kedua..moral saya begitu tinggi kali ini..saya telah bermain dgn baik utk pasukan..saya akan teruskan corak pemainan yg memberangsangkan ini bagi perlawanan akan datang...semoga PES 08 yg penuh dgn bintang muda ini akan memenangi piala PL...serta liga...
Back to top Go down
SWAT007
Intermediate
Intermediate
SWAT007


Male
Number of posts : 294
Age : 37
Registration date : 2008-02-25

PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya Empty
PostSubject: Re: PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya   PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya EmptyMon Mar 31, 2008 3:16 pm

SWAT: Apa yang anda rasa menjadi penyebab kekalahan besar hari ini?

penyebab kekalahan pasukan kami adalah disebabkan goalkeeper yang terhebat yg pernah kami beli masih dibelenggu kecederaan dan tidak mencapai standard kecergasan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sv. saya tidak menyalahkan beliau atas kecederaan tersebut kerana pasukan2 lawan selalu mencari peluang untuk mencederakan raivoc. sbg ketua pasukan, saya berharap raivoc dapat pulih 100% secepat yg boleh.
Back to top Go down
Sponsored content





PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya Empty
PostSubject: Re: PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya   PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya Empty

Back to top Go down
 
PES 08 Memalukan SV Dengan Kemenangan Bergaya
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kaleeq Cuba Mencari Formula Kemenangan Dengan Raivoc
» PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN
» Kemenangan Tipis PES 08
» Kemenangan Tipis SV Ke Atas The NooB
» The NooB Mencatat Kemenangan Pertama Ke Atas Pendrive 512MB

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: