Prop-C
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLatest imagesLog inGallery

 

 Temubual Hangat Bersama Kaleeq

Go down 
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

Temubual Hangat Bersama Kaleeq Empty
PostSubject: Temubual Hangat Bersama Kaleeq   Temubual Hangat Bersama Kaleeq EmptyFri Mar 28, 2008 5:22 pm

Kali ini, sekali lagi kami berkunjung ke tapak latihan untuk membuat temubual dengan pengurus mereka Kaleeq. Tapak latihan nampak lebih muram dari masa lepas semasa sesi temubual dengan encore. Seladang yang dibela pasukan dibelakang gol juga nampak muram sama. Tiada banyak tentangan dari Kaleeq apabila kami meminta masa untuk menemubualnya.


Temubual Hangat Bersama Kaleeq 1288918974_7d21f2d50a


Keadaan di tapak latihan Pendrive 512MB yang penuh dengan pengunjung


SC : Pertama sekali, saya tahu, saya baru sahaja lepas temubual pemain awak encore, tapi oleh kerana pihak pengurus Sportcenter mahu awak ditemubual, jadi saya ikut je. So, harap dapat beri kerjasama.


K :saya tiada masalah untuk di temubual.

SC : Dunia PL digemparkan baru-baru ini dengan, khabar angin yang mengatakan anda mahu meletak jawatan sebagai pengurus pasukan nanti. Adakah anda masih tetap dengan pendirian itu?


K : gempar sgt ke kalo saya nk letak jawatan??terasa macam orang penting pulak dalam dunia PL nih *main dagu*. saya mintak maaf kepada sume pihak mengenai penyataan kebudak2kan tersebut terutama kepada pemain dan penyokong pasukan 512mb.mungkin terlalu emosi sehingga saya terlepas cakap mengenai perkara tersebut.saya akan jadikan ia sebagai pengajaran utk lebih berhati2 ketika hendak membuat sesuatu penyataan.perkara ini telah selesai dan saya akan memberi sepenuh komitmen dlm dunia PL.

SC : Bagaimanakah pemain anda, encore menerima kenyataan ini?

K: encore tidak memberikan sebarang reaksi, mungkin dia paham dengan keadaan lebih2 lagi 512mb tgh berada dalam keadaan yg kurang selesa apabila masih belum memenangi sebarang perlawanan serta berada di kedudukan bawah liga.

SC : Anda dituduh kapten SV sebagai cuba mengkucar-kacirkan pasukannya dengan cubaan mendapatkan pemain mereka, raivoc.Apakah komen anda.?

K : erm..saya kurang bersetuju dengan istilah mengkucar-kacirkan yg digunapakai oleh saudara.istilah tersebut seolah2 menggambarkan saya mempunyai niat jahat terhadap pasukan lain. saya ingin tegaskan disini, saya ingin mendapatkan raivoc melalui cara yang betul iaitu dengan berurusan terus kepada manager pasukan selut. saya juga ade bertanyekan kpd fa mengenai hasrat tersebut. saya bkn ingin merampas beliau. jadi tidak timbul isu mengkucar-kacirkan pasukan tersebut. mungkin disebabkan campur tangan kapten pasukan selut yg membuatkan keadaan menjadi tegang.

SC : Apakah perjalanan perundingan pembelian pemain ini?Adakah masih berjalan atau sudah diputuskan?

K : disebabkan kontrevesi yg telah berlaku, saya membatalkan hasrat untuk mendapatkan raivoc walaupon saya benar2 memerlukan khidmat beliau. pintu utk raivoc menyertai 512mb sentiasa terbuka.

SC : Apakah kualiti yang ada pada raivoc yang anda mahukan dalam pasukan anda?

K : 512mb menghadapi masalah dibahagian pertahanan. jumlah gol yg telah dibolosi agak besar. kami hampir memenangi perlawanan dgn pes08 setelah mendahului 2-1. namun pd saat2 akhir kami dibolosi dgn 4 gol. agak mengecewakan. disebabkan itu, kami memerlukan seseorang untuk menguatkan bahagian pertahanan.dlm perlawanan pertama pasukan selut, raivoc telah beraksi cemerlang apabila berjaya mengekang serangan bertubi2 pihak lawan. saya tertarik dgn aksi beliau.

SC : Betulkah khabar angin yang anda berniat mahu menukarkan raivoc dengan encore?

K : dari mane saudara mendapat sumber ni??khabar angin tersebut sama sekali tidak benar. sikit pon saya tidak berniat untuk menukarkan encore semata2 utk mendapatkan raivoc. 512mb mempunyai sumber kewangan yg kukuh. utk membeli raivoc bkn menjadi masalah kpd kami. jadi isu pertukaran encore dengan raivoc tidak sepatut nye timbul.

SC : Bagaimanakah encore menerima khabar angin ini?


K : saudara tanye sendiri kat dia

SC : Anda sering sahaja dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Dari kritikan padang stadium ke kritikan kepada pihak FA Prediction League. Dari kontroversi perletakan jawatan ke penukaran pemain. Kenapakah anda selalu sahaja terlibat dalam kontroversi ini?

K : ape akan jadi kepada PL sekiranye tiada kontroversi yg saya lakukan??saya dapat rasakan suasana yg muram dan hambar. saya hanya ingin menghangatkan suasana di PL ni. sekiranya ade pihak yg tidak selesa dgn tindakan saya sila tampil ke depan. walaupon penuh dgn kontroversi komitmen saya terhadap PL tetap tinggi walaupon 512mb belum memenangi sebarang perlawanan.

SC : Betulkah khabar angin yang menyatakan anda mengejar glamor dengan kontroversi ini?

K : glamor??kalo nak glamor lebih baik saya jadi artis..ekeke

SC : Terakhir sekali, apakah pesanan anda terhadap peminat-peminat anda?


K : teruskan menyokong dan dtg ke stdum..sinar kemenangan buat 512mb pasti akan muncul..jika x menang liga, piala PL masih ade..saya dan pemain2 512mb yg lain akan memberi 100% performance dlm setiap perlawanan. akhir kata dari saya, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.peace.

Dengan kata-kata yang memberangsangkan, sesi latihan dimulakan kembali dan encore diberi tunjuk ajar oleh Kaleeq tentang strategi untuk berlawan The NooB nanti. Para peminat pasti tidak sabar untuk melihat perkembangan terbaru pasukan ini pada perlawanan dengan The NooB esok. Teruskan bersama krew SportCenter untuk isu terkini dari dunia PL.[center]
Back to top Go down
 
Temubual Hangat Bersama Kaleeq
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Temubual Bersama psycoparadox
» Kaleeq Cuba Mencari Formula Kemenangan Dengan Raivoc
» -5 Minit Bersama Encore86-
» Badrul Bakhtiar Menandatangani Kontrak Bersama Pendrive 512MB

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: