Prop-C
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLatest imagesLog inGallery

 

 Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08

Go down 
4 posters
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 Empty
PostSubject: Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08   Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 EmptyMon Mar 24, 2008 11:15 pm

Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08

Pendrive 512MB vs PES 08

Venue : Old Wajaford


Satu lagi perlawanan getir antara dua pasukan handalan akan berentap di stadium Old Wajaford. Di antara penonton yang memenuhi stadium, dapat dilihat kelibat Steven Gerrard dari pasukan Liverpool yang duduk di kerusi VIP. Melalui temubual ringkas pihak SportCenter PL, beliau datang di atas jemputan kawan baiknya iaitu miekopkings.

Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 Gerrard-camis-liverpool-des


Pada perlawanan kali ini kedua pasukan kelihatan berhati-hati kerana masing-masing kelihatan takut untuk membolos gol di awal permainan. Tetapi pada minit ke 32, kesilapan dari Kaleeq yang mengawal bola menggunakan tangan telah menghadiahkan sepakan percuma kepada PES08 dari jarak 20 meter. Sepakan akan diambil oleh miekopkings dengan Kaleeq menjadi benteng kecil di hadapan miekopkings dan encore di depan gol. Miekopkings nampak begitu fokus dan langkah perlahan diambil dan dia dengan mudah merembat lencung melepasi tepi benteng kecil dan tepah ke bucu kanan gawang untuk mendahului perlawanan 0-1. Pendrive tersentak dan cuba mengatur gerakan tetapi semuanya berjaya dipatahkan pertahanan PES08 dan keputusan kekal 0-1 hingga tamat separuh masa pertama.


Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan nampak lebih garang dengan nafsu yang lebih buas untuk menyerang. Hanya 5 minit selepas wisel permulaan ditiup, el_nino mengawal bijak hantaran miekopkings lalu meledak satu sepakan padu hanya untuk ditampan encore dengan perutnya sendiri. Encore terus terbaring di atas padang kesakitan dan miekopkings yang berada paling dekat dengan bola muntah itu dengan mudah menghantar bola ke tengah gawang untuk gol kedua peribadi dan pasukan. 10 minit selepas itu iaitu pada minit ke 60, Kaleeq pula membuat gerakan cantik melepasi kawalan el_nino dan membuat hantaran lantang yang dapat disudahkan dengan bijak oleh encore untuk merapatkan jurang kepada 1-2. Tetapi gol itu sedikitpun tidak menggentarkan PES08 yang terus menyerang untuk mengembalikan kelebihan 2 gol. Hanya 5 minit selepas itu, miekopkings mengganas lagi, kali ini melalui gerakan solo, melepasi kawalan Kaleeq yang tampak tidak berminat melakukan kerja-kerja bertahan dan terus menyepak cantik dari luar kotak penalti melepasi kawalan encore ke penjuru kiri gawang untuk menjadikan kedudukan 1-3. Luka Pendrive bertambah parah apabila el_nino sekali lagi bijak membuat hantaran jauh ala David Beckham untuk mencari miekopkings yang tidak membuang masa dan terus membuat sepakan basikal ala Peter Crouch melepasi kawalan encore menjadikan kedudukan 1-4. Kaleeq tampak berang dengan kawalan longgar encore dan menengkingnya dengan berang sekali. Kemarahan itu jelas dapat difahami dengan jelas encore apabila beliau berjaya menjaringkan gol keduanya melalui sepakan sudut yang diambil Kaleeq dan ditanduknya melepasi kawalan miekopkings dan el_nino untuk menjadikan keputusan 2-4. Permainan terus seimbang hingga minit ke 90, miekopkings yang belum nampak berpuas hati dengan 4 gol sekali lagi menghantui encore dengan mengenakan ’nutmeg’ (bola masuk kelangkang) dan terus menghantar bola disebelah tiang untuk menjadikan kedudukan 2-5.Kedudukan kekal hingga wisel penamat



Keputusan Perlawanan : Pendrive 512MB 2-5 PES 08


Man of The Match : miekopkings



Temubual :

Miekopkings: 5 gol, dan sekaligus menggondol satu lagi man of the match dan dikatakan ramai, anda seorang diri telah mengangkut seluruh pasukan untuk menggapai kemenangan pertama. Berikan komen anda?Komen sekali tentang kedatangan Steven Gerrard hari ini?

El_nino: Kemenangan pertama musim ini, berikan prestasi anda dan pasukan serta pihak lawan pada perlawanan ini?

Encore86: 2 gol pertama anda untuk musim ini hari ini, tapi masih gagal memberi kemenangan untuk pasukan anda. Berikan komen?

kaleeq: 2 perlawanan sudah berlalu, berada di tangga terakhir liga, dan perlawanan Piala FA PL pula menyusul selepas ini?Berikan komen?
Back to top Go down
KaaleQ
Intermediate
Intermediate
KaaleQ


Male
Number of posts : 260
Age : 38
Location : dalam bilik, depan laptop
Registration date : 2008-03-04

Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 Empty
PostSubject: Re: Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08   Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 EmptyTue Mar 25, 2008 1:41 am

kaleeq: 2 perlawanan sudah berlalu, berada di tangga terakhir liga, dan perlawanan Piala FA PL pula menyusul selepas ini?Berikan komen?


tah la..x tau nak cakap ape..512mb blum menang sebarang pelawanan pon..tengok la dlm satu dua game lagi..kalo x menang gak saya akan meletak jawatan atau bersara terus dari arena ni..sekian.
Back to top Go down
http://www.yob4ever.com/forum
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 Empty
PostSubject: Re: Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08   Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 EmptyTue Mar 25, 2008 11:27 am

Miekopkings: 5 gol, dan sekaligus menggondol satu lagi man of the match dan dikatakan ramai, anda seorang diri telah mengangkut seluruh pasukan untuk menggapai kemenangan pertama. Berikan komen anda?Komen sekali tentang kedatangan Steven Gerrard hari ini?

Pertama sekali, saya ingin mengatakan di sini, kemenangan kami ini bukanlah usaha satu individu sahaja. Mustahil saya boleh mendapat gol-gol tersebut, kalau bukan kerana usaha ahli lain pasukan ini. Gol dan 'award' tu hanyalah saguhati. Di PES 08, perkataan individu datang selepas pasukan. Pasukan kami menang *cough*sebab saya*cough*, dan telah sekali lagi memberi amaran kepada pasukan lain serta memberi keyakinan untuk perlawanan Piala PL selepas ini.

Ya, saya ada menjemput rakan saya Stevie untuk datang hari ini. Saya bangga kerana beliau sanggup datang ke stadium yang tak seberapa ni untuk menyokong pasukan saya seperti saya menyokong pasukan beliau. Dan 5 gol hari ini adalah saguhati kepada beliau jugakla.

Sebelum saya habis cakap, saya ingin berkata sepatah dua kepada pengurus Pendrive 512MB. "Contohilah Steve Darby, kalah 5-1 pun tiada perkataan mengalah yang dikeluarkannya *cough*hanya salahkan padang*cough*." Sebagai rakan sejawatan saya harap beliau akan kekal meneraju pasukannya dan saya harap pihak atasan Pendrive akan bersabar dengan keputusan awal pasukan mereka yang agak buruk.
Back to top Go down
el_nino
Moderator
Moderator
el_nino


Male
Number of posts : 1213
Age : 37
Location : atas tikar terbang
Registration date : 2008-02-25

Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 Empty
PostSubject: Re: Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08   Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 EmptyTue Mar 25, 2008 6:12 pm

El_nino: Kemenangan pertama musim ini, berikan prestasi anda dan pasukan serta pihak lawan pada perlawanan ini?


secara jujurnya..prestasi saya bukan ditahap yang baik sejak bermulanya liga ini..
saya masih mencari2 gol pertama tetapi masih belum berjaya..saya harap pada perlawanan akan datang saya akan dapat menyumbangkan beberapa gol(nak hat trick gak!) untuk pasukan yang disayangi ini..
miekopkings bermain dgn baik sekali dan ini sungguh membantu kepada kemenangan bergaya PES08..beliau adalah pemain yg sgt handal dlm perlawanan tersebut...kami akan cuba pertahankan kedudukan ditahta liga...
bagi saya..pasukan lawan belum menunjukkan taring mereka yang sebenar...hanya gigi geraham yg ditunjukkan...2 gol yg diperolehi adalah usaha keras mereka...dan pastinya mereka akan memberi saingan yg lebih sengit dlm perlawanan akan dtg..
Back to top Go down
encore86
Senior
Senior
encore86


Male
Number of posts : 437
Age : 37
Location : Penang, Johore.
Registration date : 2008-02-23

Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 Empty
PostSubject: Re: Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08   Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 EmptyFri Mar 28, 2008 5:14 pm

Encore86: 2 gol pertama anda untuk musim ini hari ini, tapi masih gagal memberi kemenangan untuk pasukan anda. Berikan komen?

saya agak kecewa dgn permainan bagi game kali ni. mungkin 2 gol pertama saya sebagai permulaan untuk saya lebih maju di game yg akan dtg. mungkin juga nasib tidak menyebelahi pasukan kami...
minta maaf lah, saya terasa penat skarang ni... biar saya berehat dahulu..
"temuduga tamat"...
encore86 terus terjelepuk diatas lantai dengan mulut berbuih2... lalu dipapah oleh steve Gerrard...
Back to top Go down
http://www.friendster.com/encore86
Sponsored content





Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 Empty
PostSubject: Re: Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08   Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08 Empty

Back to top Go down
 
Pendrive 512MB Kecundang Di Tangan PES 08
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pendrive 512MB vs PES 08
» PES 08 vs Pendrive 512MB
» Pendrive 512MB vs PES 08
» Pendrive 512MB vs The NooB
» Pendrive 512MB dan The Noob Terikat

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: