Prop-C
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLatest imagesLog inGallery

 

 -5 Minit Bersama Encore86-

Go down 
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
miekopkings


Male
Number of posts : 852
Age : 36
Registration date : 2008-02-24

-5 Minit Bersama Encore86- Empty
PostSubject: -5 Minit Bersama Encore86-   -5 Minit Bersama Encore86- EmptyMon Mar 10, 2008 9:34 pm

Temubual Ekslusif Bersama Encore86


-5 Minit Bersama Encore86- Owen_m10
encore86 semasa beraksi di padang Sekolah Rendah Permatang Bogak


Sehari selepas kekalahan pasukan Pendrive 512MB kepada PES 08, krew kami telah pergi ke kawasan latihan sulit Pendrive 512MB untuk menemubual pemain tunggak mereka iaitu encore86. Walaupun pada mulanya hasrat kami ditentang oleh pengurus mereka Kaleeq, tetapi semua orang ada harganya, dan Kaleeq membenarkan sesi temubual untuk berlangsung selama 5 minit setelah kami berjanji untuk menolong memotong rumput stadium mereka yang mengikut Steve Darby telah menjadi penyebab kekalahan mereka.

Q1 : Pertama sekali, berikan pendapat anda tentang permainan PL yang semakin mendapat tempat di hati pengunjung laman web ini?

Permainan ini adalah satu idea yang bagus kerana ia mampu mengeratkan lagi pelayar-pelayar web ini bukan sahaja berforum, malah mencabar antara satu sama lain. Sebelum saya meneruskan temubual ini, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada encik Miekopkins kerana memberi idea yang bernas dlm merancang dan mengimplementasikan game bola sepak dalam forum ini.

Q2 : Apakah pendapat anda tentang pasukan (Pendrive 512MB) dan pengurus anda?

Pasukan ini adalah sebuah pasukan yang bersemangat tinggi dalam mencapai misi. Pasukan ini juga mempunyai barisan pemain yang berkaliber dan integriti diri yang tinggi. Pengurus pasukan kami pula adalah seorang yang berpengalaman dalam mengatur segala strategi dengan baik dan sentiasa memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan kami. Jadi, bagi pasukan lain, diharap berhati-hati ketika bertemu dengan Pendrive 512.

Q3 : Apakah komen anda tentang prestasi anda dan pasukan anda setakat ini?

Berdasarkan permainan lepas (friendly game) dengan PES 08, saya dapati prestasi masih lagi kurang memuaskan. Walaupun begitu, dengan adanya semangat berpasukan dikalangan pemain-pemain PENDRIVE 512, saya yakin kelab bola sepak ini mampu untuk pergi lebih jauh dan saya juga yakin bahawa kelab ini juga mampu menjadi pencabar yang sengit dalam menjuarai liga ini.

Q4 : Adakah anda mahu pengurus anda untuk mendapatkan pemain baru untuk menguatkan pasukan anda?Jika ya, siapakah pemain yang anda mahukan?

Kalau mengikut perkembangan pemain setakat ini, saya dapati tidak perlu ada pemain baru. Ini kerana, liga ini baru bermula dan saya rasa lebih elok untuk menguji pemain yang sedia ada untuk merasai pengalaman didalam liga ini. Tetapi sekiranya pengurus pasukan sendiri yang mahukan pemain baru, terpulanglah, kerana ini adalah pendapat beliau. sebagai pemain, tanggungjawab kami adalah mencapai misi pasukan untuk bergelar juara bagi PL...

Q5 : Berikan 'target' anda sebagai pemain PL?(jumlah gol, juara liga etc)

Target... hmmm... setiap pemain/pasukan ingin kejuaraan... saya sentiasa mengharapkan pasukan Pendrive 512 akan menjuarai takhta liga kali ini. Saya tidak mementingkan diri sendiri dalam menyumbat gol, yang penting adalah semangat berpasukan.

Q6 : Pasukan manakah yang anda rasakan akan bakal mencabar pasukan anda apabila wisel permulaan musim ditiup nanti?

Mungkin pasukan PES’08 yang akan memberikan saingan sengit. Walaupun liga bru hendak bermula, kami akan sentiasa pastikan pasukan ini memenangi perlawanan bagi setiap game.

Q7 : Apakah persediaan yang anda lakukan setiap kali sebelum perlawanan bermula bagi memastikan persembahan terbaik?

Kecergasan mental dan fizikal penting dalam perlawanan. Sebelum perlawanan selalunya saya mestilah memastikan strategi untuk melawan pihak lawan dirancang dengan sebaik-baiknya. Bermain mestilah mengikut strategi dan bukan emosi. Itulah yang selalu diterapkan dalam pasukan bagi setiap perlawanan. Pemain pasukan kami selalunya diberi motivasi yang tinggi. Selain itu, semangat yang tinggi haruslah ditonjolkan bagi setiap pemain.

Q8 : Akhir sekali, apakah mesej anda untuk peminat anda dan pasukan anda?

Sokonglah pasukan kami bukan kerana ke‘handsome’an dan kekacakkan kami, tapi kerana kecemerlangan kami... hehe..
“Pendrive 512 will never walk alone, we walk as a champion”

Dengan kata-kata akhir yang sungguh bangga dan penuh keyakinan itu, temubual berakhir setelah Kaleeq nampak tidak sabar untuk meneruskan rejim latihan ala 'Spartan'nya itu. Semasa encore tampak berhempas pulas untuk melakukan tekan tubi, Steve Darby sendiri menunjukkan kami ke arah Stadium Wajaford untuk memulakan kerja memotong rumput. No
Back to top Go down
 
-5 Minit Bersama Encore86-
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Temubual Bersama psycoparadox
» Temubual Hangat Bersama Kaleeq
» Badrul Bakhtiar Menandatangani Kontrak Bersama Pendrive 512MB

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: