Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLog inGallery

Share | 
 

 Pendrive 512MB vs PES 08

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: Pendrive 512MB vs PES 08   Wed Mar 05, 2008 10:19 am

PERLAWANAN PERSAHABATAN


Perlawanan Ramalan

Liverpool vs Newcastle
Blackburn vs Fulham
Tottenham vs West Ham
Wigan vs Arsenal


Quote :
+1 Goal for correct winning or drawing team

+1 Goal for correct scorer

+2 Goals for correct scoreline

+1 Bonus goal for getting the correct score time with correct scorer

Note : Pastikan ahli pasukan anda meletakkan nama mereka dan posisi mereka di

sebelah prediction

Dan manager, kumpulkan kesemua game yang team anda perlu predict, bukan anda

punye ramalan sahaja.

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm


Last edited by miekopkings on Thu Mar 06, 2008 12:18 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: Re: Pendrive 512MB vs PES 08   Wed Mar 05, 2008 7:25 pm

Quote :
Blackburn 3 - 1 Fulham - miekopkings(midfielder)

Roque Santa Cruz (24-29)
Benni McCarthy (33-38 )
Brian McBride (55-60)
David Bentley (77-82)

Quote :
Wigan 0 - 3 Arsenal - miekopkings(midfielder)

Emmanuel Adebayor (14-19)
Cesc Fabregas (35-40)
Nicklas Bendtner (73-78 )

Quote :
Liverpool 3-0 Newcastle - el_nino (striker)

Fernando Torres (18-23)
Steven Gerrard (53-58 )
Ryan Babel (66-71)

Quote :
Tottenham 2-1 West Ham - el_nino (striker)

Nolberto Solano (11-16)
Robbie Keane (37-42)
Dimitar Berbatov (62-67)

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm


Last edited by miekopkings on Sat Mar 08, 2008 2:10 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile
KaaleQ
Intermediate
Intermediate
avatar

Male
Number of posts : 260
Age : 32
Location : dalam bilik, depan laptop
Registration date : 2008-03-04

PostSubject: Re: Pendrive 512MB vs PES 08   Thu Mar 06, 2008 9:44 pm

Blackburn 2 - 0 Fulham - encore86(midfielder)

David Bentley (20-25)
Santa Cruz (65-70)



Wigan 0 - 2 Arsenal - KaaleQ(striker)

Flamini (29-34)
William Gallas (80-85)



Liverpool 3-1 Newcastle - encore86 (midfield)

Steven Gerrard (30-35)
Torres (50-55)
Milner (60-65)
Torres (80-85)




Tottenham 1-0 West Ham - KaaleQ(striker)

Aaron Lennon (58-63)
Back to top Go down
View user profile http://www.yob4ever.com/forum
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: Re: Pendrive 512MB vs PES 08   Mon Mar 10, 2008 2:15 am

Highlight Perlawanan Persahabatan


Pendrive 512MB vs PES 08


Venue : Old Wajaford


Di dalam perlawanan persahabatan yang menarik di stadium Old Wajaford kebanggan pasukan Pendrive, di antara ribuan penonton, dapat dilihat kelibat Steve Darby yang kemungkinan datang untuk melihat aksi pemain yang lama diminatinya iaitu Kaleeq yang juga peminat pasukan Perak.



Kedua-dua pasukan menunjukkan formasi yang menyerang, dengan keduanya tanpa pertahanan ataupun penjaga gol. Walaupun begitu, kedua pasukan buntu mencari gol hinggalah el_nino menunjukkan mengapa beliau digeruni pertahanan mana-mana pihak lawan dengan 'stepover' ala Cristiano Ronaldo yang digunakan untuk melepaskan diri dari encore yang kelihatan lambat bertindak balas terhadap skil el_nino lalu memudahkannya memberi penyudah ala Fernando Torres ke arah penjuru kanan bawah gol yang kosong. Pendrive terus mengasak dengan garang untuk mencari gol penyamaan, dan ternyata tindakan itu memakan diri apabila pasukan PES 08 pantas membuat serangan balas melalui gerakan menarik yang dimulakan oleh miekopkings yang membuat 'through pass' terus kepada el_nino yang terlebih dahulu memintas laju memotong encore yang kelihatan semakin perlahan, dan terus menunjukkan penyudah berbisa, merembas mengenai tiang dan masuk ke arah gol walaupun jelas tiada penjaga gol di gol Pendrive. Steve Darby menggeleng kepala melihat aksi kurang memberangsangkan pemain yang dilihatnya iaitu Kaleeq dan dilihat membisikkan "Semuanya salah padang tidak berkualiti".keputusan 2-0 kekal hingga wisel separuh masa.Pada separuh masa kedua, permainan semakin perlahan. Pemain tampak tidak cergas akibat cuti pra musim yang panjang. Permainan lebih banyak tertumpu di bahagian tengah. Dan pada akhir perlawanan, Kaleeq mempunyai peluang untuk merapatkan jurang setelah bijak melepasi el_nino tetapi sepakan derasnya mengenai palang gol walaupun telah menewaskan miekopkings di hadapan gol. Selepas itu encore pula membuat sepakan dari tengah padang tetapi sempat ditanduk keluar oleh miekopkings di hadapan garisan gol. Encore membuat protes terhadap pengadil, tetapi pengadil tidak beranjak dari keputusan dan terus meniupkan wisel penamat untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PES 08 dengan jaringa 2-0.

Keputusan : Pendrive 512MB 0 - 2 PES 08


Man of the match : el_nino


Temubual :

El_nino=Dua gol dan anugerah man of the match, apakah perasaan anda?

Miekopkings=sebagai pengurus pasukan, berikan komen terhadap kemenangan pasukan anda?

Kaleeq=sebagai pengurus pasukan,apakah yang anda dapat terima dari kekalahan ini?lebih-lebih lagi selepas provokasi anda lakukan pada pasukan lawan?berikan komen terhadap kedatangan Steve Darby yang dikatakan datang untuk menonton aksi anda?adakah anda dapat memikat hatinya dengan persembahan hari ini?

Encore=apakah komen anda terhadap kontroversi di mana pengadil tidak mengira gol yang anda dakwa sah?Betulkah bola sudah melepasi garisan gol?

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm
Back to top Go down
View user profile
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: Re: Pendrive 512MB vs PES 08   Mon Mar 10, 2008 1:20 pm

Miekopkings=sebagai pengurus pasukan, berikan komen terhadap kemenangan pasukan anda?

Masih terlalu awal untuk berasa gembira, tetapi keputusan yang baik bagi pasukan kami. Seluruh pasukan bermain dengan baik walaupun dari aspek kecergasan nampak masih banyak yang boleh diperbaiki. Saya gembira dengan prestasi el_nino pada perlawanan ini. Penyudahnya nampak berbisa, dan saya harap prestasinya kan terus berkembang supaya akan dapat menggentarkan pasukan lawan di masa akan datang nanti. Keseluruhannya, saya yakin kami akan dapat meneruskan momentum ini dan mencabar sebagai juara liga di musim baru nanti. cheers

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm
Back to top Go down
View user profile
el_nino
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 1213
Age : 31
Location : atas tikar terbang
Registration date : 2008-02-25

PostSubject: Re: Pendrive 512MB vs PES 08   Mon Mar 10, 2008 1:23 pm

El_nino=Dua gol dan anugerah man of the match, apakah perasaan anda?


moral yang tinggi bagi seorang pemain..ini lah hasilnya.
kelebihan saya adalah kerana mempunyai skill2 yang menarik gabungan dari pemain2 terkenal seperti Ronaldo, Torres, dan Ronaldinho(belum ditunjukkan).
man of the match..setiap pemain impikannya..dan saya diberikan 'title' itu pada hari ini di atas kesungguhan yang telah saya pamerkan..
segalanya demi pasukan yang saya sayangkan ini.
nilai 31.5 juta yang di keluarkan oleh pengurus untuk mendapatkan khidmat saya, xkan saya sia-siakan..

_________________


"Torres is an extraordinary forward, and If he has a good head he will become a worldwide player. He is young and he has everything to be grandiose" - Thierry Henry, French National Team Forward


MODERATOR
Back to top Go down
View user profile
encore86
Senior
Senior
avatar

Male
Number of posts : 437
Age : 30
Location : Penang, Johore.
Registration date : 2008-02-23

PostSubject: Re: Pendrive 512MB vs PES 08   Mon Mar 10, 2008 1:34 pm

apakah komen anda terhadap kontroversi di mana pengadil tidak mengira gol yang anda dakwa sah?Betulkah bola sudah melepasi garisan gol?

bagi pendapat saya, pengadil yang mengadili permainan ini adalh buta kayu... saya dapat lihat dengan jelas bola tersebut sudah melepasi garisan... dimanakah integriti pengadil yang dikatakan adil dalam setiap perlawanan...???
walaupun begitu, pasukan kami akan mencuba sedaya upaya untuk memenangi perlawanan yang akan datang.... "the champion must take to be a loser, then be a real champion" -encore-
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/encore86
KaaleQ
Intermediate
Intermediate
avatar

Male
Number of posts : 260
Age : 32
Location : dalam bilik, depan laptop
Registration date : 2008-03-04

PostSubject: Re: Pendrive 512MB vs PES 08   Mon Mar 10, 2008 2:10 pm

Kaleeq=sebagai pengurus pasukan,apakah yang anda dapat terima dari kekalahan ini?lebih-lebih lagi selepas provokasi anda lakukan pada pasukan lawan?berikan komen terhadap kedatangan Steve Darby yang dikatakan datang untuk menonton aksi anda?adakah anda dapat memikat hatinya dengan persembahan hari ini?

ini perlawanan pertama saya sebagai pengurus 512mb. pelawanan ini juga hanya pelawanan pesahabatan dan saya menggunakan peluang ini sekadar untuk sesi memanas badan. kekalahan 2-0 tidak la memberi kesan kepada pasukan ini. jadi, untuk melihat prestasi sebenar pasukan ni kita tunggu apabila sizen dah bermula nanti. provokasi terhadap pasukan lawan tu biasa la dalam kancah bola sepak moden ni. if tak de provokasi tak de la si mourinho tu sampai jd terkenal.

mengenai steve darby pula, dia dtg bukan utk melihat aksi saya. sebaliknya, saya sendiri yang menjemput beliau untuk menilai mutu padang ni stadium old wajaford ini. beliau merupakan pakar dalam menilai padang. hasil pertemuan dengan beliau selepas perlawanan tersebut, beliau menyatakan kekalah 512mb adalah disebabkan oleh faktor mutu padang yang tidak begitu rata. selepas ini saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan stadium supaya memberi perhatian terhadap kualiti padang di stadium lagenda ini.

dalam pada itu, steve darby juga sempat bertanyakan kepada saya sama ada saya ingin bermain utk pasukan perak di bawah bimbingannya. pelawaan tersebut begitu mengejutkan saya kerana perak sebuah pasukan yang cukup hebat dan mempunyai ramai pemain2 yg berkaliber. saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana ingin mencari lebih pengalaman sebelum beraksi bersama pasukan sehebat perak.

akhir skali, penghargaan harus diberikan kepada penonton2 yang hadir memenuhi stadium old wajaford. walaupon tewas di halaman sendri, penyokong ini tetap memberikan semangat kepada pasukan. diharapkan keadaan ini berterusan untuk perlawanan2 seterusnya.
Back to top Go down
View user profile http://www.yob4ever.com/forum
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: Re: Pendrive 512MB vs PES 08   Mon Mar 10, 2008 2:16 pm

fantastic interview evry1..hope sume dah faham ape game ni is all about..

cheers

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm
Back to top Go down
View user profile
KaaleQ
Intermediate
Intermediate
avatar

Male
Number of posts : 260
Age : 32
Location : dalam bilik, depan laptop
Registration date : 2008-03-04

PostSubject: Re: Pendrive 512MB vs PES 08   Mon Mar 10, 2008 3:58 pm

Dan pada akhir perlawanan, Kaleeq mempunyai peluang untuk merapatkan jurang setelah bijak melepasi el_nino tetapi sepakan derasnya mengenai palang gol walaupun telah menewaskan miekopkings di hadapan gol.

aku suke ayat yang mengakui ketereran aku..hahahaha


p/s: mod jgn delete arr..
Back to top Go down
View user profile http://www.yob4ever.com/forum
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: Re: Pendrive 512MB vs PES 08   Mon Mar 10, 2008 4:18 pm

xdenye nak delete..

aku delete aritu saje nak carik gado je.. haha.. stamp my authority la katakan..

gial kuasa..

anyway good match guys.. cheers

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Pendrive 512MB vs PES 08   

Back to top Go down
 
Pendrive 512MB vs PES 08
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: Matches-
Jump to: