Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLog inGallery

Share | 
 

 --Rules for Prediction League--

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
miekopkings
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 852
Age : 29
Registration date : 2008-02-24

PostSubject: --Rules for Prediction League--   Tue Mar 04, 2008 6:37 pm

Perkara 1: Pembentukan/Pendaftaran Pasukan dan Pemain

(a) setiap pasukan perlu mempunyai at least 2 maksimum 7 org pemain (seorang akan bertindak sebagai pengurus yg akan dilantik oleh pihak FA). Dalam sesuatu match, boleh menggunakan 2-4 pemain sahaja.
(b) Setiap pemain perlu mempunyai satu position masing (gk, defender, midfielder, forward). Position tidak boleh ditukar sehingga musim tamat.
(c) Untuk register pemain/pasukan, sila berikan nama pemain/pasukan ditopik SIGN UP.
(d) Pasukan/Pemain yang tidak berdaftar dengan sah (pengesahan daripada FA diperlukan) tidak layak utk bermain dalam mana2 perlawanan. Sekiranya berlaku, game yg melibatkan pemain/pasukan tersebut akan dibatalkan.

Perkara 2: Membuat ramalan


(a) pengurus perlu membahagikan game yg perlu diramal kepada para pemain termasuk pengurus itu sendiri. Seorang player hanya boleh meramal maksimum 2 game sahaja dalam sesuatu match.
(b) Setiap ramalan yang dibuat tidak boleh sama dengan ramalan yang dibuat oleh pasukan lawan utk sesuatu game. Jika sama, pasukan yang lambat menghantar ramalan dikehendaki menukar ramalan tersebut. Sekiranya masih tiada apa2 tindakan, ramalan pasukan yg lewat tidak akan dikira dan pasukan lawan akan mendapat semua point (gol penalti) sekiranya ramalan dlm game tersebut tepat.
(c) Pemain perlu membuat ramalan terhadap perkara2 seperti berikut:
- scoreline
- goal scorer
- score time

Contoh:

Quote :
Perak 2 lwn 0 Selangor---Arip (forward)
Khalid (13-18 )
Mandjou (79-84)

(d) Sekiranya peraturan dalam Perkara 2 ini tidak dipatuhi, pihak FA akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan tidak boleh dipertikaikan.


Perkara 3: Syarat2 dalam membuat ramalan

(a) Score line: pemain tidak dibenarkan membuat ramalan melebihi 4 gol untuk sesuatu pasukan. Contoh: Perak 4 lwn 0 selangor (dibenarkan)
Perak 4 lwn 4 Selangor (dibenarkan)
Perak 5 lwn 0 selangor (tidak dibenarkan)
(b) Score time: pemain perlu membuat ramalan score time dalam julat masa 6 minit sahaja. Contoh: Ahmad Shahrul (85-90).
(c) Setiap pemain perlu menghantar ramalan yang telah dibuat ke dalam team page masing2 terlebih dahulu. Sekiranya tidak berbuat demikian, ramalan anda akan dibatalkan serta merta tanpa notis dan pemain akan dikenakan kad merah.
(d) Setiap pasukan hanya boleh melakukan ramalan untuk jumlah gol maksimum 15 gol. Ini untuk memastikan pasukan tidak sedap hati meletak jumlah jaringan yang tinggi. Jika ia dilanggar, satu pemain yang meramal gol yang tinggi akan diberi kad merah dan ditolak ramalannya.
(e) Utk Perkara 3 (a) dan (b), pemain yang didapati tidak mematuhi syarat ketika membuat ramalan akan dibatalkan ramalannya setakat yang berkenaan. Keputusan pihak FA adalah muktamad.

Perkara 4: Tanggungjawab Pengurus Pasukan

(a) pengurus perlu mengingatkan/memastikan setiap pemain dlm pasukannya menghantar ramalan sebelum dateline.
(b) Memastikan setiap ramalan yang dilakukan pemain menepati syarat2 yang dikehendaki.
(c) Menghantar ramalan yg telah dilakukan ke dalam topik MATCHES. Pengurus diwajibkan menggunakan ramalan pemain yg telah dipost ke dalam teampage masing2. (pengurus sama sekali tidak dibenarkan menukar ramalan yg telah dibuat pemain tanpa persetujuan pemain tersebut). Sekiranya didapati pengurus tidak berbuat demikian, ramalan tersebut akan batal dgn serta merta.
(d) Berurusan dengan pihak FA dan pengurus pasukan lain. Sekiranya terdapat kontroversi/bantahan mengenai sesuatu perlawanan, budi bicara pengurus boleh digunakan dengan syarat memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak FA.

Perkara 5: Tanggungjawab Pemain

(a) Membuat ramalan dalam setiap perlawanan yang diamanahkan.
(b) Pemain tidak dibenarkan berurusan secara terus dengan pihak FA atau pengurus pasukan lain. Pemain boleh dikenakan tindakan tatatertib dari pihak FA jika didapati bersalah.

Perkara 6: Perpindahan pemain dan pengambilan pemain baru.

(a) Player yang mahu perpindahan atau pengurus yang mahu memindahkan pemain atau membeli boleh membuat permintaan pada pihak FA.
(b) Perpindahan hanya akan berlaku jika mendapat persetujuan antara kesemua pemain dan pengurus yang terlibat.
(c) Urusan perpindahan dan pengambilan pemain baru hanya dibenarkan dalam tempoh transfer window yang akan ditetapkan oleh pihak FA.

Perkara 7: Masa tamat menghantar ramalan

(a) Match topic akan dikunci oleh pihak FA apabila kedua-dua manager sudah post ramalan mereka.
(b) Jika satu dari pengurus tidak menghantar ramalan, sejam sebelum perlawanan sebenar bermula, match topik tersebut juga akan dikunci.
(c) Jika pengurus didapati meramal lambat dari masa deadline, tidak kira seminit atau 2 jam, 2 gol sendiri akan dihadiahkan kepada pasukan lawan, dan perlawanan akan diteruskan tanpa memerlukan budi bicara mana2 pihak.
(d) Jika pengurus didapati tidak menghantar langsung ramalan, mungkin akibat topik yang sudah dikunci, kemenangan percuma mengikut jumlah pemain lawan akan diberi.

Perkara 8: Permarkahan


Quote :
+1 Goal for correct winning or drawing team

+1 Goal for correct scorer

+2 Goals for correct scoreline

+1 Bonus goal for getting the correct score time with correct scorer


** Segala keputusan akan ditentukan oleh pihak FA. Keputusan yg dibuat adalah muktamad. Tiada pihak dibenarkan untuk mempertikaikan keputusan pihak FA. Amaran pertama dan kedua akan diberikan kepada pihak yg mempertikai keputusan FA. Sekiranya mendapat amaran ketiga, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan.

Jadi harap semua dapat enjoy permainan ini, dan bermain dengan semangat kesukanan



cheers

_________________


----Join Prediction League..Its FUN..Its DAMN FUN..----

to sign up, click--> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/sign-up-t246.htm

learn the rules, click --> http://prop-c.teamconvention.com/sportcenter-f26/rules-for-prediction-league-t244.htm


Last edited by miekopkings on Sat Mar 15, 2008 6:57 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
 
--Rules for Prediction League--
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» The League
» Strict School Rules in China seem bizarre
» Kriegsspiel revised rules 1828
» Has English Premier League football become too predictable and boring?
» General Rules

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Prediction League :: SportCenter-
Jump to: