Prop-C

Conquer All
 
HomePortalRegisterLog inGallery

Share | 
 

 Fikir2 kan Lah Eh..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
.Kira.
Admin
Admin
avatar

Male
Number of posts : 1112
Age : 31
Location : Shah Alam
Registration date : 2008-02-22

PostSubject: Fikir2 kan Lah Eh..   Mon Feb 25, 2008 12:55 pm

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun
terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa
mereka, hati, fikiran dan perasaan
lelaki akan resah. Masih mencari
walaupun sudah ada segala-galanya. Apa
lagi yang tidak ada di syurga, namun
Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti
Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,
isteri atau puteri. Dijadikan mereka
dari tulang rusuk yang bengkok untuk
diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau
lelaki sendiri yang tak lurus, tak
mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok
menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang
ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta
sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah
mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan
cuba jinakkan mereka dengan harta,
nanti mereka semakin liar. Jangan
hiburkan mereka dengan kecantikan,
nanti mereka semakin menderita. Yang
sementara itu tidak akan menyelesaikan
masalah. Kenalkan mereka kepada zat
Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan
dengan ilmu. Hati serapuh kaca,
kuatkan dengan iman. Perasaan selembut
sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti
mereka akan nampak nilaian dan
keadilan Tuhan. Akan terhibur dan
bahagialah hati mereka, walaupun tidak
jadi ratu cantik dunia, presiden
ataupun perdana menteri negara
atau 'women gladiator'.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu
bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya
disitulah kasih sayang Tuhan, kerana
rahim wanita yang lembut itulah yang
mengandungkan lelaki-lelaki waja :
negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-
wan" yang lain. Tidak akan
lahir 'superman' tanpa 'superwoman' .
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
pasti tidak terhibur dan tidak
menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan
akhlak, mereka bukan sahaja tidak
boleh diluruskan, bahkan mereka pula
membengkokkan. Lebih ramai lelaki
yang dirosakkan oleh perempuan
daripada perempuan yang dirosakkan
oleh lelaki.
Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh
menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak
kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal
diri mereka sendiri, apalagi mengenal
lelaki. Kini bukan saja ramai boss
telah kehilangan 'secretary', bahkan
anak pun akan kehilangan ibu, suami
kehilangan isteri dan bapa akan
kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan
huru-hara . Bila tulang rusuk patah,
maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya
mengharap ketaatan tetapi binalah
kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin
wanita menuju Allah pimpinlah diri
sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya
akan jinaklah segala-galanya dibawah
pimpinan kita. Jangan mengharap isteri
seperti Siti Fatimah, kalau peribadi
belum lagi seperti Sayidina Ali.

_________________
Back to top Go down
View user profile http://prop-c.teamconvention.com
scofield
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 587
Age : 30
Location : ISS
Registration date : 2008-02-25

PostSubject: Re: Fikir2 kan Lah Eh..   Sun Mar 23, 2008 3:47 pm

laki yg baik hanyalah utk wanita baik...
Back to top Go down
View user profile
aLaN
Moderator
Moderator
avatar

Male
Number of posts : 782
Age : 31
Location : ..:n0whERe:..
Registration date : 2008-02-23

PostSubject: Re: Fikir2 kan Lah Eh..   Sun Mar 23, 2008 5:17 pm

ermmm..
hidup perlukan teman..

_________________
Back to top Go down
View user profile
.Kira.
Admin
Admin
avatar

Male
Number of posts : 1112
Age : 31
Location : Shah Alam
Registration date : 2008-02-22

PostSubject: Re: Fikir2 kan Lah Eh..   Sun Mar 23, 2008 9:06 pm

kena bnyak bersabar..
uwaaa~~
pale

_________________
Back to top Go down
View user profile http://prop-c.teamconvention.com
hidayah
Moderator
Moderator
avatar

Female
Number of posts : 1008
Age : 31
Location : johor bahru
Registration date : 2008-03-18

PostSubject: Re: Fikir2 kan Lah Eh..   Fri Apr 04, 2008 8:28 pm

itu ar hakikat lelaki dan wanita..kami bergantung pada kekuatan dari segenap segi lelaki...
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Fikir2 kan Lah Eh..   

Back to top Go down
 
Fikir2 kan Lah Eh..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Prop-C  :: Articles Collection-
Jump to: